Cari Blog Ini

2

Salam Aidiladha 1429H dan E-Kad


Assalamu'alaikum wbt kepada semua. Hari ini, 10 Zulhijjah 1429H adalah merupakan antara hari yang amat bermakna kepada umat Islam khususnya bagi mereka yang pergi menunaikan ibadat haji di bumi anbia. Tak lupa juga hari yang terpenting bagi kita menjalankan ibadat korban.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam AidilAdha buat semua sahabat dan kenalan lama...blogger, sahabat seperjuangan di UPNM dan tak lupa pada saudara / saudari se-Islam. Moga sambutan kali ini membawa seribu keinsafan kepada diri dengan pengorbanan para Nabi dan Rasul serta tokoh-tokoh Islam terdahulu demi memartabatkan agama ISLAM yang tercinta. InsyaAllah.


Kepada yang berminat, sila-sila la ambil e-kad ni ye..~untuk sahabat anda~

<a href='http://ecard.mohdzulhelmi.com'><img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGM1IJLufN6TjncMgKacfwsQLNZXT3mX0FBKmtn_m30YwU9xZ_3Kxd2cvCEN4LsKgZoabewFTh4gD-hgrYlXhPEtLQzcDgJp7cbn9AUesxoPuPFBsBdgYC60kezjrpdP6WfA5pykwilf4f/s1600-h/ekad-salam-aidiladha-sahabatku.jpg'></a>


Salam ikhlas dari saya, Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
8 Disember 2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429H

Read more
0

Aidiladha Hari Pengorbanan




Labaikallah humma labaika. Labaikallah syarika laka labaika. Innalhamda wani’mata. La ka Wamulkalla, syarikala

Seringkali kita mendengar laungan tersebut yang memuji kebesaran Allah pada setiap kali tibanya musim haji iaitu pada bulan Zulhijjah. 10 Zulhijjah pula adalah hari di mana seluruh umat Islam di serata dunia menyambut hari kebesaran Aidiladha atau Hari Raya Qurban sebagai satu hari yang peristiwanya satu masa dahulu patut bukan sahaja diingati dan difahami malah mesti diamati dan dihayati supaya kita benar-benar dapat menyingkap maksud aidiladha itu sendiri.

Setiap kali khutbah yang diperdengarkan sejurus selepas solat sunat Aidiladha, masjid-masjid atau surau-surau dan madrasah tak lepas dengan tajuk khutbah yang sebahagiannya biasa didengari dan sudah sedia diketahui. Seperti tahun lepas, apa yang saya dengari, tajuk khutbah tak lain dan tak bukan sering kali menceritakan tentang sirah peristiwa Nabi Ibrahim a.s dalam menjalankan perintah Allah supaya mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s.

Bukanlah saya ingin membantah tajuk khutbah berkenaan tetapi apa yang saya persoalkan adalah kepada ahli jemaah tadi. Sejauh manakah penghayatan kita? Ramai jemaah yang duduk membongkok seperti jemu mendengarnya dan tak kurang juga yang tertidur. Umumnya, jemaah memang ramai. Alhadmulillah, itu tak saya nafikan.

Hari raya haji atau hari raya Qurban, mengingatkan kita erti sebenar pengorbanan. Pengorbanan tak semestinya dari segi material, wang ringgit tetapi usaha, keringat, akal serta doa juga satu pengorbanan. Di sebalik kisah Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s adalah simbolik kepada pengorbanan. Pengorbanan yang lebih bermakna adalah kerana Allah SWT.

Cuba kita muhasabah diri di manakah lambang ketaatan kita berbanding Rasul Allah itu. Memang, kita bukan pula Nabi apatah lagi Rasul namun salahkah kita mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa itu? Sejauh mana taatnya kita pada perintah Allah? Adakah kita sebagai khalifah-Nya di muka bumi-Nya ini taat kepada perintah yang telah diperturunkan dalam Al-Quran dan hadis-hadis Nabi tanpa banyak mempersoal dan banyak berdalih?

Justeru saya menyeru serta mengingati diri saya sendiri dan anda bermuhasabah diri sempena hari yang mulia ini. Mohonlah keampunan di hari raya ini. Gunakan kesempatan 3 hari yang dibenarkan bertakbir ini sebaik mungkin. Saya dan anda, manusia tak lepas dari lalai dan leka walau hanya seketika. InsyaAllah, moga kita mendapat rahmat daripada-Nya.

Jazakumullahu khairan katsiran..~

Read more
3

Perbarisan Pentauliahan Di Raja Ke-10



                            Gambar dari galeri blog syafiqblogz

Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah dalam perjalanan kehidupan sebagai seorang pegawai kadet. Majlis pentauliahan diraja merupakan antara hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga UPNM. Saya dan sahabat handai juga tak melepaskan peluang untuk menyaksikan detik-detik yang akan dikenang isepanjang hayat kami nanti.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkenan mencemar duli ke Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sungai Besi pada 4 Disember 2008 (Khamis) jam 8.30 pagi.




Majlis Perbarisan Pentauliahan Diraja ini melibatkan 254 orang pegawai kadet yang telah berjaya menamatkan pengajian selama 4 hingga 5 tahun di UPNM. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-panglima Perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan ATM dan UPNM.

Perbarisan berlangsung secara gilang gemilang selama lebih kurang sejam setengah sebelum berlakunya majlis penyampaian watikah kepada para pegawai kadet dan pegawai graduan. Para pegawai kadet tauliah akan melakukan lintas hormat di hadapan SPB YDPA secara perlahan jalan dan cepat jalan. Kemudiannya, penyampaian hadiah kepada pegawai kadet terbaik setiap perkhidmatan:


Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan Tauliah 2008 - Anugerah Piala Seri Satria + Pedang
Kapt Area Putra Bin Ismail (RAMD)
Kejuruteraan Automotif Intake 2003

Pegawai Kadet Terbaik Perkhidmatan Udara - Anugerah Piala Seri Angkasa
Kapt Ahmad Firdaus Bin Abdullah TUDM
Kejuruteraan Elektrik Intake 2003

Pegawai Kadet Terbaik Perkhidmatan Laut- Anugerah Piala Seri Samudera
Lt Mohd Rozaimi Bin Mahmod TLDM
Sains Nautika Intake 2004

Pegawai Kadet Terbaik Perkhidmatan Darat - Anugerah Piala Seri Gagah Setia
Kapt Mohd Fazli Syaah Bin Mohd Hasim (RAMD)
Pengurusan Sumber Manusia Intake 2004




Selepas sahaja upacara selesai, SPB YDPA bertitah mengumumkan pentauliahan para pegawai muda dalam ATM secara rasminya kemudian alunan muzik akan mengiringi mereka keluar perbarisan dengan memainkan lagu "bertemu dan berpisah" turut membuatkan hati saya terasa sedikit sedih. Apa taknya, terlihat sahabat-sahabat sendiri dah melalui hala tuju hidup masing-masing. Mereka akan melalui pintu MUNIP menandakan secara simboliknya tamat kehidupan mereka sebagai seorang kadet dan bermulanya jati diri sebagai seorang pegawai.

Alhamdulillah, perbarisan pentauliahan dan penerimaan watikah telah selamat disempurnakan oleh SPB YDPA sendiri di Padang Kawad Maktab Tentera Di Raja (RMC) dan Dewan Tun Templer. Tahniah kepada sahabat-sahabat satu skuad dan kami dari jurusan engineering berharap untuk kami juga akan berakhir dengan gemilang seperti kalian semua. InsyaAllah.

Read more
5

Tahniah Pegawai Kadet Tauliah 2008!




Esok, 4hb Disember 2008..hari yang amat besar, hari yang akan ditunggu-tunggu buat setiap pegawai kadet yang berada di UPNM ini. Esok adalah hari yang paling bermakna buat pegawai kadet dari jurusan pengurusan intake 2004 dan Engineering intake 2003 di mana mereka akan ditauliahkan oleh Ketua ATM sendiri, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Hari kebesaran, hari meraikan tamatnya kehidupan bergelar seorang pegawai kadet kepada seorang pegawai. Mereka semua akan dikurniakan pangkat Kapten setaraf dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.

Umumnya, untuk tahun ini, seramai lebih kurang 200 orang pegawai kadet dari ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut dan udara akan bersama-sama mengikuti upacara perbarisan pentauliahan diraja dan penyampaian watikah oleh SPB YDP Agong. Mereka yang akan komisyen ini adalah dari kumpulan berikut:

Pengambilan 2004 (Sains & Pengurusan-4 tahun pengajian)
  1. Jurusan Sains Nautika (SZB)
  2. Jurusan Sains Komputer (SZK)
  3. Jurusan Pengurusan Sumber Manusia (SZR)
  4. Jurusan Pengurusan Teknologi (SZP)
Pengambilan 2003 (Kejuruteraan-5 tahun pengajian)
  1. Jurusan Kejuruteraan Mekanikal Automotif (SZA)
  2. Jurusan Kejuruteraan Komputer (SZC)
  3. Jurusan Kejuruteraan Elektrik (SZE)
  4. Jurusan Kejuruteraan Mekanikal (SZM)
  5. Jurusan Kejuruteraan Mekanikal Aeronautik (SZT)
  6. Jurusan Kejuruteraan Awam (SZW)

Demi ketibaan hari esok, mereka telah pun menjalani latihan kawad pentauliahan diraja setiap hari selama lebih kurang 2 bulan beserta beberapa kali raptai penuh bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan tiada kecacatan selama majlis berlangsung. Melihatkan mereka berlatih kawad sahaja dah cukup membuatkan kami turut merasa kepenatan mereka. Muka pun dah gelap sebab berpanas terik masa berkawad. Hehe..

Saya dan sahabat lain masih lagi akan berada di sini selama lebih kurang 1 tahun lagi sebelum mengikut jejak langkah mereka kerana kami dalam jurusan Kejuruteraan yang memerlukan 5 tahun pengajian. Apa pun, tahniah buat sahabat dan para senior atas kejayaan mereka sampai di kemuncak kehidupan mereka di sini! Mabruk 'alaik~! All the best for the big event! Gambante kudasai!!

P/S: Jangan lupa tengok TV3 esok jam 0700H (7:00 pagi)~ secara langsung dari UPNM!
Read more
2

Tali Leher Baru UPNM




Nampak tak gambar di atas ni? Dari tajuk entri ni pun boleh tau kan apa tu? Itu adalah tali leher yang akan di edarkan kepada semua pegawai kadet UPNM. Tali leher berkenaan wajib dipakai oleh pegawai kadet ketika majlis-majlis format rasmi atau ketika diperlukan pemakaiannya. Gambar ini baru sahaja saya ambil petang ini semasa mengambilnya bagi pihak pengambilan.

Ada dua pattern atau jenis corak untuk tali leher ini. Kedua-dauanya berwarna biru gelap tetapi berbeza dari segi corak dan material tali leher berkenaan. Tali leher ini baru sahaja saya ambil dari pejabat Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) sebagai wakil bagi intake 2004 (kejuruteraan). Ianya akan diedarkan oleh Ketua Trup 2004 selepas sahaja minggu pentauliahan berlalu.

Dari apa yang Ketua Jurulatih (chief of instructor - CI) kata, semua pegawai kadet UPNM akan dapat tali leher ini, tapi tak semua akan mendapat yang sama sebab ada dua pattern yang ada dalam stok UPNM. Selama ini, tali leher ini diberikan kepada tetamu jemputan yang mengadakan kunjungan ke UPNM sebagai cenderahati.


Galeri gambar (klik untuk melihat saiz penuh):








Walau bagaimanapun, persoalannya..adakah ianya di isu atau sebaliknya? Pada 4 tahun yang lepas, intake 2004 merupakan intake yang terakhir yang diwajibkan pembeliannya (untuk tali leher ATMA yang lama) sebagai satu etika pemakaian yang seragam, tetapi selepas sahaja intake 2005 masuk, mereka dibenarkan memakai tali leher bebas.

Apa pun, sama-sama kita tunggu mess bil bulan depan..ada ke tidak...hehe..~

Read more
4

Latihan kawad kaki UPNM




Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Dalam sebulan ini (semester break) sebelum mulanya semester seterusnya, kami di UPNM amat sibuk dengan majlis pentauliahan di raja dan juga aktiviti ketenteraan yang boleh dikatakan padat.

Aktiviti ketenteraan yang dimaksudkan adalah tentang perkara-perkara asas di dalam dunia ketenteraan. Memang banyak aktiviti sampingan lain selain elemen ketenteraan yang diterapkan disini. Memandangkan perbarisan pentauliahan diraja yang akan berlangsung tidak lama lagi, UPNM juga telah mengatur aktiviti latihan kawad kaki yang telah tentunya telah sinonim dengan dunia ketenteraan.


 
Kawad kaki pegawai kadet UPNM. Gambar dari arkib saya.


Okeylah..sedikit pengenalan mengenai kawad. Jangan marah ye jika ayat saya sedikit skema. Hehe..


Tujuan berkawad:
  1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia (memerima arahan dan menjalankan arahan tersebut)
  2. Membentuk anggota supaya berkerjasama dalam satu kumpulan
  3. Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib di dalam pasukan, asas dan perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali-kali.
  4. Apabila berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab berkawad itu, berkawad sangat-sangat dikehendaki oleh pasukan, bukanlah sebagai hukuman atau mendera tetapi untuk membina tatatertib serta darjat sesuatu pasukan itu

Seiring dengan hari besar itu nanti, para pegawai kadet senior termasuk saya dikehendaki mengambil latihan kawad kaki untuk para junior dari tahun asasi dan tahun 1. Mereka ini akan dilatih dengan bimbingan beberapa orang pegawai kadet senior bagi setiap pengambilan dan skuardron-skuardron dalam pengambilan tersebut.


 
Hukuman/arahan kawad kaki. Gambar dari arkib syafiqblogz


Sebenarnya, kawad ni amat la memenatkan..tambah dengan panas lagi. Dah tentu suara cepat je nak hilang, dah tekak dah kering kan..hehe..Latihan kawad ini akan berterusan hampir setiap hari sepanjang cuti semester ini memandangkan akademik sedang berehat..hehe..jadi takde buat ape la kan. Kena la  kawad. Tu yang junior. Yang senior ni hanya sebagai instructor (juruletih jurulatih) je. Bagi arahan dan hukuman-hukuman kawad.

Setelah hampir seminggu ambil kawad, saya dah hampir-hampir tiada suara dah. Macam orang batuk demam selesema pula. Alhamdulillah, junior-junior pun banyak bagi kerjasama serta mendengar arahan. Rasa semangat pun ada..dan amanah serta tanggungjawab itu yang paling penting. Betul bukan?

Read more
2

Gotong-royong Perdana UPNM




Menjelang perbarisan pentauliahan dan penyampaian watikah diraja kepada para graduan UPNM yang bakal tiba, pihak pengurusan UPNM turut menganjurkan aktiviti gotong royong setiap hari bekerja dan gotong royong perdana pada setiap sabtu, sehingga hari kejadian iaitu pada 4 Disember 2008. Seluruh warga UPNM termasuk pelajar, staff dan pegawai turun padang bagi menjayakan aktiviti yang boleh dikatakan amat memenatkan ini.

Menurut Naib Canselor UPNM, Lt. Jen. Dato' Pahlawan Hj Zulkifli bin Zainal Abidin, disebabkan kesuntukan masa untuk persiapan dan lawatan tetamu dari luar, kami dikehendaki membersihkan kawasan-kawasan sekitar UPNM pada setiap hari. Ini kerana pekerja dan kontraktor yang diupah untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan tidak cukup dan dikhuatiri ianya tidak sempat disiapkan sebelum hari kejadian.


Secara umumnya, kerja-kerja pembersihan dan gotong-royong dijalankan mengikut pengambilan (intake).

Intake 2004 (Tahun 4) - Kawasan kuatermaster (QM) dan depoh kenderaan
Intake 2005 (Tahun 3) - Kawasan Blok penginapan
Intake 2006 (Tahun 2) - Kawasan Blok Akademik
Intake 2007 (Tahun 1) - Kawasan di sepanjang jalan dan cerun bukit
Intake 2008 (Asasi) - Kawasan Wisma Pegawai Kadet


Beberapa orang pegawai kadet senior termasuk saya diarahkan untuk memantau kerja-kerja setiap pengambilan yang telah diamanahkan. Gotong royong biasanya dijalankan selepas dari aktiviti senaman gerak lasak dan dimulakan dari jam 0900H sehingga 1030H.


Galeri gambar (klik pada gambar untuk saiz penuh):

  


  


 

Read more
2

Expandable Read More untuk entri






"Expandable Read More" adalah kaedah di mana sesuatu entri itu hanya akan memapaparkan ringkasan (summary) atau awalan untuk entri tersebut. Untuk melihat selebihnya, pelawat akan klik pada 'Read More' untuk memaparkan teks penuh bagi entri tersebut. Berbeza dengan Read More biasa sebelum ini, teks penuh akan dipaparkan tanpa perlu pergi ke halaman entri tersebut namun sebaliknya ia akan dipaparkan pada halaman yang sama.




Berminat untuk letakkan dalam blog anda? Apa yang perlu anda lakukan?





1. Login ke dalam akaun blogger anda



2. Klik pada "Layout" > "Edit HTML" > tandakan pada "expand widget tempate"









3. Tekan Ctrl+F, cari tag </head>. Letakkan kod berikut sebelum tag </head>





Tampal kod dibawah

<script type='text/javascript' src='http://www.anniyalogam.com/widgets/hackosphere.js' />











4. Simpan setting anda dengan menekan butang "Save Template"



5. Tekan kembali Ctrl + F dan cari <b:includable id='post'



6. Perhatikan kawasan kod seperti dalam screenshot di bawah:









7. Perhatikan tulisan yang berwarna merah dibawah ini dan tampalkan dengan teliti

    (Nota: sebahagian template mungkin mempunyai sedikit perbezaan pada kod tapi strukturnya masih sama)





Tampal kod bewarna merah sahaja

<b:includable id='post' var='post'>

<div class='post uncustomized-post-template' expr:id='"post-" + data:post.id'>

<a expr:name='data:post.id'/>

<b:if cond='data:post.title'>

<h3 class='post-title'>

<b:if cond='data:post.url'>

<a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a>

<b:else/>

<data:post.title/>

</b:if>

</h3>

</b:if>



<div class='post-header-line-1'/>



<div class='post-body'>



<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>



<p><data:post.body/></p>



<b:else/>

<style>#fullpost {display:none;}</style>

<p><data:post.body/></p>

<span id='showlink'>

<p><a href='javascript:void(0);' expr:onclick='"javascript:showFull(\"post-" + data:post.id + "\");"'>Read More...</a></p>

</span>

<span id='hidelink' style='display:none'>

<p><a href='javascript:void(0);' expr:onclick='"javascript:hideFull(\"post-" + data:post.id + "\");"'>Summary only...</a></p>

</span>

<script type='text/javascript'>

checkFull("post-" + "<data:post.id/>");

</script>

</b:if>




<div style='clear: both;'/> <!-- clear for photos floats -->

</div>







8. Simpan tetapan template anda ("Save Template")



9. Jika ada ralat (error) semasa save, bermakna ada masalah pada langkah 7



10. Pergi balik pada "Settings" > "Formatting" > cari bahagian "Post Template"



11. Isikan kotak berkenaan dengan kod dibawah:





Tampal kod berikut

Tulis ringkasan entri anda di sini

<span class="fullpost">

Tulis sambungan entri anda selebihnya di sini

</span>











12. Simpan setting anda dengan menekan butang "Save Settings"



13. Post atau Edit setiap entri anda seperti berikut format berikut:









Itu sahaja!! (^^,) Jika ada masalah mengenai tutorial ini, sila kemukakan pada ruangan komen. Selamat mencuba!!



Read more
8

Membuat Read More untuk Entri






Asslamu'alaikum kepada para pembaca. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips mengenai blogger. Ramai di antara blogger yang rajin menulis panjang sehingga halaman blog mereka terlalu panjang ke bawah. Ini adalah salah satu faktor yang dilihat oleh pembaca tentang keselesaan mereka semasa membaca. Jadi bagaimana cara untuk memaparkan sebahagian sahaja dari entri yang ditulis untuk muncul pada halaman utama dan selebihnya boleh dipaparkan apabila kita klik pada "Read More"?




Apa yang perlu anda lakukan? Ikuti langkah mudah ini.





1. Login ke dalam akaun blogger anda



2. Klik pada "Layout" > "Edit HTML" > tandakan pada "expand widget tempate"









3. Letakkan kod berikut sebelum tag <head>





Gunakan kod di bawah

<style>

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

span.fullpost {display:inline;}

<b:else/>

span.fullpost {display:none;}

</b:if>

</style>











4. Letakkan kod berikut pula selepas kod <data:post.body>





Ambil dan tampalkan

<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>

<a expr:href='data:post.url'> Read More..</a>

</b:if>











5. Simpan setting anda dengan menekan butang "Save Template"



6. Pergi balik pada "Settings" > "Formatting" > cari bahagian "Template Posting"



7. Isikan kotak berkenaan dengan kod dibawah:





Tampal kod berikut

Tulis ringkasan entri anda di sini

<span class="fullpost">

Tulis sambungan entri anda selebihnya di sini

</span>











8. Simpan setting anda dengan menekan butang "Save Settings"

9. Untuk menulis entri, klik pada Posting > Create dan tulis seperti berikut:









Itu sahaja!! (^^,) Jika ada masalah jangan segan-segan bertanya. InsyaAllah saya akan membantu. Selamat mencuba!! Jika ada sebarang pertanyaan lain mengenai blogger, sila kemukakan pada shoutbox di atas~



Read more
0

Kembali dari Dewan Peperiksaan




Assalamu'alaikum kpd semua pengunjung blog ini, terutamanya yang masih tak jemu-jemu menunggu saya mengemaskini blog ini. Terlebih dahulu saya meminta maaf. Kurangnya (atau tiada langsung) update dalam blog ini adalah disebabkan saya melalui 2 minggu peperiksaan akhir yang baru sahaja tamat. Alhamdulillah, dah lepas pun cuma nak tunggu result je.

Bagi mereka yang tak tahu lagi, saya mengikuti jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam UTM (sebab dahulu ATMA sebelum di naik taraf menjadi UPNM masih lagi dibawah seliaan UTM untuk program akademiknya). Sedar tak sedar, saya kini berada di tahun akhir (tahun ke-4) bagi semester 1. InsyaAllah tinggal 1 semester je lagi.

Berikut adalah subjek yang telah berjaya ditempuh sepanjang 2 minggu lepas:
07 Nov 08 - Environmental Management (3 kredit)
10 Nov 08 - Foundation Engineering (3 kredit)
18 Nov 08 - Civil Engineering Information System (2 kredit)
19 Nov 08 - Structural Analysis (3 kredit)

Bagi subjek yang tiada peperiksaan akhir:
1. Projek Sarjana Muda (PSM) - 2 kredit
2. Projek Amalan Professional (PAP) - 2 kredit

Jumlah kredit bagi semester ini adalah 15. Walaupun nampak sedikit, tapi beban kerja yang dialami sebagai seorang pelajar dan pegawai kadet membuatkan kami sedikit terasa kekurangan masa jika masa tak diuruskan sebaiknya. Biasa la, tak semua sempurna. Kadang-kadang kita tak dapat mengawal masa tetapi alhamdulillah kesemua 3 projek (termasuk Civil Info) telah selamat dihantar kesemuanya.

InsyaAllah, jika ada masa, saya akan tuliskan tentang event-event yang berlaku ni..sekian, jazakumullah~

Read more
1

Lawak - Kisah Pancing




Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang Pakcik Tua duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok..Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.. Tiba-tiba seorang pemuda menghampirinya dan bertanya...


Pemuda : "Pakcik ni memancing untuk apa?"

Pakcik Tua : "Untuk makan"

Pemuda : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."

Mulanya Pakcik Tua itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje...
Sambil makan si Pemuda bertanya..

Pemuda : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"

Pakcik Tua : "Oh ada"

Pemuda : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"

Pakcik Tua : "Kamu yang kelima"

Pemuda : Erk..!?? (Menyesal aku tolong...)



Moral of the story:

1. Sebab ada org macam Pakcik Tua ni la ramai berat tangan tolong orang susah
2. Bersedekahlah dengan ikhlas =)
3. Jangan guna bahasa pasar. Nanti salah faham. Hehe..
4. Sekurang-kurangnya pakcik ni berusaha, bukan meminta sedekah..kan..kan? ;p

Read more
5

Menjaga Aurat Bagi Wanita




Assalamu'alaikum w.b.t kepada semua pembaca. Hari ini saya ingin menyentuh serba sedikit tentang bab aurat. Na'uzubillah..wanita dunia hari ini semakin lupa akan tanggungjawab ini. Bukanlah tujuan saya ingin memperli mana-mana pihak tetapi saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua dari apa yang saya baca dan apa yang saya lihat.

Sememangnya ramai wanita Islam diluar sana yang memandang remeh tentang etika berpakaian dan berhias diri mengikut Islam. Mungkin ada yang tidak tahu, atau sengaja tau tapi malu untuk melaksanakannya? Dengan berkembangnya pengaruh Barat dan unsur globalisasi sekarang ini, semakin ramai anak muda, walhal ada di antara sahabat-sahabat sekolah saya juga, makin tersasar. 

Kalau dulu kat sekolah, ada dikuatkuasakan pemakaian tudung, alhamdulillah pemandangan yang biasa dilihat. Kadang-kadang terkejut juga bila di luar ketika bukan waktu sekolah atau cuti, ramai yang tak bertudung sahaja. Itu baru bab tudung. Pakaian saya tak nak cerita. Nak ditegur kawan, salah tegur lain jadinya. Sekarang diluar kawalan sekolah, masing2 dah masuk universiti, bekerja, sedih melihat kawan-kawan ini tidak bertudung juga. Sukar sebenarnya nak menegur dengan berhikmah. Bagi yang faham, alhamdulillah.

Alhamdulillah bagi yang pakai tudung adalah lebih baik, dari tak pakai langsung walaupun pemakaiannya tak sepenuhnya mengikut syariat. Ilmu sebegini la yang kena dikongsi..bagi mereka yang tak mengetahui itu, akhirnya mengetahui. Aurat bukan hanya dijaga dikepala - perhiasan bagi wanita adalah rambutnya, tapi keseluruhan tubuhnya. Apa lagi yang lain?

Ringkasnya, di sini saya senaraikan had-had pandangan atau aurat bagi wanita menurut al-Quran dan hadis, dari apa yang saya baca dan fahami.. Fikirkan dan semuanya terletak atas keimanan anda.


1.BULU KENING

Menurut Bukhari: “Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur(menipiskan bulu kening / meminta supaya dicukurkan bulu kening)”.
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari


2.KAKI

“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar di ketahui perhiasan yang mereka sembunyikan”.
An-Nur :31

* Menampakkan kaki
* Melenggokkan badan mengikut hentakan kaki


3.WANGIAN

“Siapa sahaja wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka mencium baunya,maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina”.
Riwayat Nasaie’,Ibn Khuzaimah dan Hibban


4.DADA

“Hendaklah meraka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka...”.
An-Nur :31


5.GIGI

“Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya”.
Riwayat At-Thabrani

“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah”.
Riwayat Bukhari dan Muslim


6.TANGAN

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”.
Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi


7.MUKA DAN LEHER

“Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyyah yang dahulu”.
  • Bersolek (make-up)
  • Menurut Maqatil : membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyyah dengan sengaja.


8.RAMBUT

“Wahai anakku Fatimah ! adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”.
Riwayat Bukhari dan Muslim


9.MATA

“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya”.
An-Nur : 31

“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama,ada pun pandangan seterusnya tidak di benarkan”.
Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Tirmidzi


10.PAKAIAN

“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan,maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti”.
Riwayat Ahmad,Abu Daud,An-Nasaie dan Ibn Majah

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya”.
Riwayat Bukhari dan Muslim

  • Berpakaian tipis/jarang
  • Berpakaian ketat/nampak bentuk
  • Berpakaian berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu

“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.Lantaran itu mereka tidak diganggu.Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Al-Ahzab : 59


11.KEMALUAN

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)”.
An-Nur : 31

“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta’ti suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya”.
Riwayat Al-Bazaar

“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,melainkan dia telah membinasakan tabir antara dirinya dengan Allah”.
Riwayat Tirmidzi,Abu Daud dan Ibn Majah


12.MUKA DAN TANGAN

Asma’ binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang tipis.Sabda Rasulullah s.a.w: “Wahai Asma’!Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja”.
Riwayat Bukhari dan Muslim


13.MULUT (SUARA)

“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik”.
Al-Ahzab : 32

“Sesungguhnya akan ada ummatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,iaitu kepala mereka dilalaikan oleh-oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi”.
Riwayat Ibn Majah



Sumber bacaan dan rujukan:
  1. http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=288&Itemid=95
  2. http://www.ismaweb.net/v2/Article6.html
  3. http://smzblog.wordpress.com/2008/04/18/menutup-aurat/
  4. http://nurhidayah84kaktiey.blogspot.com/2008/08/batasan-aurat-wanita-dan-suara-apa.html
  5. http://www.gealgeol.com/2008/04/10/aurat-wanita.html
  6. http://rampaiseri.wordpress.com/2007/11/04/batas-aurat-lelaki-dan-wanita-2/

Read more

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner