1. Doa Harian Ramadhan 3:
"Ya Allah, limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagianku daripada kebaikan-Mu...Ameen..."
2. Hikmah Ramadhan 3:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu"
3. Kesilapan Berpuasa 3:
Hanya puasa makan dan minum sahaja. Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;
Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
4. Hadis & Al-Quran 3:
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
"Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun..."
5. Diet Ramadhan 3:
Air carrot (lobak merah) adalah baik untuk penglihatan kita kerana mengandungi vitamin A yang tinggi. Namun pengambilan vitamin A yang berlebihan akan menyebabkan masalah penglihatan pula.
6. Mutiara Kata 3:
"Akal yang hidup sentiasa BERFIKIR, jiwa yang hidup selalu BERZIKIR, iman yang hidup selalu BERTENANG, insan yang hidup mesti terus BERJUANG."
0 komen:
Catat Ulasan