Assalamu'alaikum wbt dan selamat sejahtera kpd semua pembaca. Pada kali ini zul akan menerangkan maksud kod pada cakera CD dan DVD serta kegunaannya.
Okey, secara umumnya di pasaran anda boleh menjumpai CD-R, CD-RW, DVD+R, DVD+R, DVD-RW, DVD+RW, DVD-ROM,DVD-RAM dan pelbagai lagi! Macam-macam kan? Jadi apakah perbezaan bagi jenis2 cakera CD dan DVD ini? Jangan bimbang kerana zul akan menjelaskannya seringkas mungkin utk pemahaman anda.
Istilah Pada Cakera
Kod "R" pada cakera CD dan DVD
- Huruf "R" pada kod cakera bermaksud "Recordable" (Boleh direkod)- Juga dikenali dgn kod "WO-Write Once" (Boleh ditulis sekali sahaja)
- Data boleh direkodkan ke dalam cakera sahaja
- Ianya adalah cakera kosong yg belum digunakan lagi
Kod "W" pada cakera CD dan DVD
- Huruf "W" membawa maksud "Writable" (Boleh ditulis semula)- Cakera boleh dikosongkan kembali seperi asal
- Data boleh ditulis masuk semula ke dalam cakera
Kod "ROM" pada cakera CD dan DVD
- Perkataan "ROM" bermaksud "Read-Only Memori" (Boleh dibaca sahaja)- Data hanya boleh dibaca keluar dari cakera
- Data yg telah dimasukkan dlm cakera kosong kod "R" akan menjadi kod "ROM"
Kod "RAM" pada cakera DVD
- Perkataan "RAM" bermaksud "Random Access Memory" (Memori Akses Bebas)- Data bebas keluar masuk tanpa perlu mengosongkan cakera terlebih dahulu
- Kadar masukan data adalah lebih rendah berbanding DVD biasa
- Fungsinya sama seperti sebuah cakera keras (hard-disk)
Kod "DL" pada cakera DVD
- Huruf "DL" adalah singkatan kpd "Dual Layer" (2 lapisan)- Kapasiti DVD ini hampir 2x ganda berbanding kapasiti DVD biasa
- Kadar masukan data adalah lebih rendah berbanding DVD biasa
- Juga dikenali sebagai DVD-R9/DVD+R9
Penggunaan Cakera
Kriteria cakera berkod "R" dan "ROM"
- sesuai untuk pemindahan data yg memerlukan sekali pindahan sahaja- sesuai sebagai medium simpanan data secara kekal
- kos agak murah
- simpanan data agak tahan kpd kelasakan
- cakera hanya boleh diguna sekali pakai sahaja
- contoh: CD-R, CD-ROM, DVD-R, DVD+R, DVD-ROM, DVD-R DL, DVD+R DL
Kriteria cakera berkod "RW" dan "RAM"
- sesuai untuk pemindahan data yg memerlukan pindahan yg berulang- sesuai sebagai medium simpanan data sementara sebelum dibuang
- kos agak tinggi
- simpanan data amat sensitif kepada kelasakan
- cakera boleh digunapakai berulangkali sehingga rosak
- contoh: CD-RW, DVD-RW, DVD+RW, DVD-RAM, DVD-RW DL, DVD+RW DL
Perbezaan tanda + dan - pada cakera DVD
Kedua-dua jenis cakera yg guna tanda ini tiada byk bezanya. Fungsinya sama sahaja. Jadi kenapa perlu ada 2 jenis yg berbeza untuk fungsi yg sama? Sebenarnya agak rumit utk zul terangkan. Baiklah, zul cuba ringkaskan.
Zul bawa kembali pada zaman DVD mula diperkenalkan. Industri pembuatan DVD tak menetapkan suatu standard atau garis panduan. Banyak syarikat pengeluar bersaing mengeluarkan DVD mereka sendiri dgn harapan teknologi mereka itu mampu membawa industri ini ke hadapan.
Standard DVD-R/RW
- Diperkenalkan oleh Pioneer- Sering diguna pakai oleh syarikat Apple dan Pioneer sendiri
- Data dalam cakera ini hanya mampu ditulis dalam satu lapisan (one layer only)
- Ia disokong oleh forum DVD tetapi ia bukanlah standard yg sebenar asal
- Kos DVD-R/RW ini lebih murah
- Sebahagian pemacu DVD tak dapat membacanya
Standard DVD+R/RW
- Disokong oleh syarikat terkenal seperti Philips, Dell, Sony, HP, and Microsoft- Data dalam cakera ini blh ditulis dlm pelbagai lapisan (multiple layers)
- Membolehkan simpanan kapasiti yg lebih besar berbanding DVD-R/RW
- Kos DVD+R/RW sedikit tinggi dari DVD-R/RW
- Kesemua pemacu DVD dapat membacanya
Kapasiti Simpanan cakera
Kapasiti untuk CD
Saiz biasa : 650-900 MB data / 74-99 minit audioSaiz mini : 185-219 MB data / 21-24 minit audio
Saiz mikro : ~55 MB data / ~6 minit audio
Kapasiti untuk DVD
DVD-R/RW SL : 4.71 GBDVD+R/RW SL : 4.70 GB
DVD-R/RW DL : 8.54 GB
DVD+R/RW DL : 8.55 GB
Kapasiti untuk DVD-RAM
Versi 1.0 SL : 2.58 GB
Versi 1.0 DL : 5.16 GB
Versi 2.x SL : 4.70 GB
Versi 2.x DL : 9.40 GB
Kesimpulan
Sekarang anda telah pun tahu perbezaan jenis2 cakera yg biasa anda jumpai di pasaran. Yang mana satukah pilihan yang sesuai? Pemilihan jenis cakera ini bergantung kepada tujuan penggunaan cakera itu sendiri serta kapasiti data storan yg mampu disimpan.
Namun harus diingatkan anda harus juga mengambil kira pemacu cakera manakah yg anda guna kerana setiap pemacu berikut mempunyai fungsinya sendiri dan tak semua pemacu dapat menyokong penggunaan kesemua jenis cakera yg zul nyatakan tadi.
Sekian sahaja yg dpt zul kongsikan untuk topik ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
13 komen:
tq
menarik.. :) tp tak dapat ingat semua ;p
menarik....fungsi kapasiti apa ye??
info berguna banget tuh..makasih.eh followback ya!ok?
kapasiti tu mcm saiz pen'stor'an yang boleh muat..
tq
hebat gile
likela arif haikal zakaria kat fb
kelantan n selanjor dok rok cetong
arif helmet terbalik
kelate kaloh 4-3 denge kedoh
chendor hebatkali
Sangat berguna. Terima kasih.
Catat Ulasan