Cari Blog Ini

Hari Ke-13 Ramadhan



1. Doa Harian Ramadhan 13:
“Yaa Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menenima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang orang yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin….Ameen…”

2. Hikmah Ramadhan 13:
“Berpuasa adalah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah yang telah memberikan segal nikmat dan rezekiNya kepada kita….”

3. Kesilapan Berpuasa 13:
Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun

Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah…..”

4. Hadis & Al-Quran 13:
Rasullullah SAW telah bersabda: “Org yang terbaik diantara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.”

5. Diet Ramadhan 13:
“Jintan manis (anisun) banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata…..”

6. Mutiara Kata 13:
“Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya” - Imam Syafi’

0 komen:

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner