Cari Blog Ini

0

7 Cara Mendekatkan Diri Kepada Al-Quran



Adakah anda di antara muslim yang jarang menyentuh Al-Quran? Atau anda membacanya setiap hari namun tidak memberi sebarang kesan yang sepatutnya? Apapun kesnya, saya ada sedikit tips yang boleh membantu anda (termasuk saya sendiri) untuk mendekatkan diri dengan kalamullah ini…

1) Sebelum menyentuhnya, periksa hati anda!


Kunci utama untuk mendapatkan kelebihan dari Al-Quran adalah hati anda. Pastikan hati anda bersih, sebelum menyentuh kalimah Allah. Tanya pada diri anda, mengapa kita mahu membacanya? Adakah semata nak dapatkan maklumat dan kisah zaman dahulu kemudian dilupakan begitu je? Ingatlah bahawa Rasulullah SAW digambarkan oleh isteri baginda sebagai ‘Quran bergerak’ – dalam erti kata lain, baginda bukan sahaja membaca atau memperdengarkannya, malah menghidupkannya!


2) Ambil Wudhu’


Mengambil wudhu’ adalah persediaan mental dan fizikal untuk mengingatkan yang kita bukan hendak membaca buku yang sebarangan. Kita akan ‘berhubungan’ dengan Allah – oleh itu kebersihan adalah priority utama untuk berhubung dengan-Nya.


3) Baca 5 Minit Setiap Hari


Kebiasaannya, kita rasa kita patut membaca Al-Quran paling kurang sejam. Namun jika kita kesuntukan masa atau tidak mempunyai tabiat membaca, ianya membebankan. Mulakan dengan membacanya 5 minit setiap hari. Dengan langkah pertama inilah, Insya Allah anda akan menjadikan 5 minit itu kepada 10 minit, kemudia setengah jam, sejam atau mungkin lebih…


4) Fahami Apa Yang Anda Baca


Membaca Al-Quran dalam bahasa Arab adalah baik, tetapi lebih bermakna jika kita faham akan maksudnya. Pastikan kita mempunyai tafsir Quran dalam bahasa yang kita lebih fahami. Cuba untuk membaca tafsiran ayat untuk apa yang telah kita baca pada hari tersebut…


5) Ingat! Membacanya sendiri lebih menarik berbanding CD


Dalam dunia interaktif, CD-Rom dan program computer hari ini, ramai di antara kita merasakan membaca buku biasa adalah sesuatu yang pasif dan membosankan. Tetapi Al-Quran adalah terkecuali. Apabila kita membaca Al-Quran, kita sedang berhadapan dengan Allah. Ia menggambarkan seolah-olah Allah sedang bercakap dengan kita, jadi kita harus menumpukan perhatian.


6) Jangan sekadar membaca, perdengarkan!


Sekarang telah banyak versi Al-Quran yang telah di kaset atau di CD kan – dan sebahagiannya juga diterjemahkan. Adalah baik jika sedang kita memandu atau bersenang-senang, dengarkannya bacaan-bacaan Al-Quran melalui walkman atau pemain CD dan kaset. Jadikan ia sebagai tambahan kepada membaca Al-Quran, bukannya sebagai ganti.


7) Memohon Doa (Tambahan)


Mohon petunjuk kepada Allah apabila membacanya. Tujuan anda adalah ikhlas dan murni, kerana Allah dan cintakan-Nya. Berhubung dengan-Nya apabila membaca kalam-Nya, fahami dan aplikasikan dari bacaan Al-Quran dalam kehidupan serta mohon keberkatan dari-Nya.



Nota: Artikel ni diterjemahkan dari tulisan John Doe
"7 Tips For Improving Your Relationship With The Quran (2005)"



Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
13 September 2009 bersamaan 23 Ramadhan 1430H
Read more
0

Isra' Mikraj, Kisah Langit dan Bumi



Bangganya Bumi kepada Langit

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah s.w.t. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah s.w.t. seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari’atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah s.w.t. dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah s.w.t. mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau ‘Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini." Jibrail a.s.bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"


Buraq yang membawa Rasulullah s.a.w

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu." Kemudian Jibrail a.s. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s.terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail a.s. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibrail a.s., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail a.s.memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu’alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan Israk dan Mikraj.



Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
12 September 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430H
Read more
3

Mutiara Hadis Khulafa' Ar-Rasyidin



Syd. Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
  • -Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
  • -Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
  • -Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
  • -Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :
  • -Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
  • -Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
  • -Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
  • -Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
  • -Hatinya selalu berniat suci
  • -Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
  • -Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
  • -Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
  • -Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
  • -Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
  • -Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada  perbuatan yang sia-sia.
  • -Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
  • -Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
  • -Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
  • -Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
  • -Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
  • -Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula  salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.


Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
09 September 2009 bersamaan 17 Ramadhan 1430H
Read more
3

Ramadhan al-Mubarak di UPNM



Setelah lebih setengah bulan berlalu, ini merupakan Ramadhan terakhir saya di UPNM (insyaAllah kalau tak sangkut kat mana-mana) sebelum saya menjejak keluar dari sini dan bergelar pegawai dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Alhamdulillah, saya lihat Ramadhan kali ini terdapat banyak peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana atas kesungguhan pihak Universiti meningkatkan usaha untuk menghayati dan mengambil peluang sepenuhnya di bulan yang penuh dengan seribu keberkatan ini.


Aktiviti harian bagi kami  adalah seperti jadual yang telah ditetapkan :

0400H = Bangun dari tidur
0430H = Sahur di wisma pegawai kadet (Mess Cadet)
0550H = Solat Subuh berjemaah
0645H = Perbarisan pagi
0700H = Bergerak ke kelas / kawasan latihan (pegawai kadet tahun akhir)
0800H = Kelas akademik / latihan medan (pegawai kadet tahun akhir)
1000H = Kelas akademik / latihan medan (pegawai kadet tahun akhir)
1315H = Solat Zohor berjemaah
1400H = Sambung kelas / latihan medan
1715H = Solat Asar berjemaah
1745H = Balik ke blok penginapan
1800H = Bergerak ke Mess Cadet
1830H = Baris sebelum berbuka





Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas =)









1900H = Berada dalam Mess Cadet, baca al-Quran menunggu berbuka
1920H = Berbuka puasa regimental (beramai-ramai)
1940H = Solat Maghrib berjemaah
2000H = Tadarus Al-Quran
2030H = Solat Isya' berjemaah
2100H = Solat Sunat Tarawih + Solat Sunat Witir
2230H = Perbarisan malam (rollcall)
2300H = Balik ke blok penginapan
2359H = Lights off / Tidur


Bila masa waktu buat assignment / update blog / layari internet? Pandai-pandailah cari masa kan...So paham-faham la kalau blog ini update pun jarang-jarang..hehe (alasan je kan) ;p

Masa itu kan berharga..cuma untuk anda yang terlalu banyak masa yang terluang tu, anda takkan hargainya.
Benarkah? Manfaatkan Ramadhan anda. Anggaplah ia Ramadhan yang terakhir buat anda.


Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:
"Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang bila-bila masa sahaja"

Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna:
"Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah."



Salam al-Mubarak, Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
6 September 2009 bersamaan 16 Ramadhan 1430H
Read more
0

Tawaran hebat di bulan Ramadhan!



Saya tertarik apabila melihat poster ini di internet dan teruds mencari imej yang beresolusi tinggi. Jumpa akhirnya. Sila klik pada imej berkenaan untuk mendapatkan saiz yang lebih besar dan simpan (save) ia dalam komputer anda...dan...jangan lupa sebar serta amalkan. =)



p/s: Saya memohon maaf kepada si pembuat poster ini atas sebab menggunakan imej ini tanpa memberi kredit kepada beliau kerana saya tidak tahu dari mana asalnya imej yang di sebarkan ini.

Selamat menambah amal ibadah di bulan yang mulia ini.


Rasullulah s.a.w bersabda : 
“Bertaqwalah kamu kepada Allah, lakukanlah solat lima ( waktu ) mu,
berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakatmu dengan senang hati, taatilah orang yang memegang urusanmu, engkau akan masuk syurga Tuhanmu”. 

( Sahih. R.Tirmidzi, Ibnu Hibban & Haakim )


Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
5 September 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430H
Read more
0

3 Golongan Yang Berpuasa



Assalamu'alaikum wbt. Telah lebih seminggu kita berpuasa pada bulan Ramadhan kali ini. Bagaimana pula dengan amalan kita di bulan yang mulia ini? Adakah makin bertambah baik atau sebaliknya? InsyaAllah untuk entri kali ini saya berkongsi sedikit sebanyak informasi berkenaan golongan berpuasa. Anda tergolong dalam golongan yang mana?


Golongan pertama
Mereka yang berpuasa kerana malu kepada Allah dan manusia, puasa mereka adalah berdasarkan kepada perasaan sedar dan insaf kepada perintah Allah yang mewajibkan berpuasa.

Golongan ini akan sentiasa berhati-hati dan sentiasa menjaga puasanya daripada perkara yang boleh membatalkan puasa. Oleh kerana itu, di mana juga mereka berada, tersorok atau tidak, mereka tetap memelihara puasanya.

Mereka yang berpuasa kerana Allah sedar bahawa Allah tetap melihat perbuatan mereka walaupun mereka tidak dapat melihat-Nya.


Golongan kedua
Mereka ini berpuasa semata-mata kerana malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Allah. Lantaran itu, apabila berada jauh daripada pandangan manusia, tanpa segan-silu mereka meninggalkan puasa.

Mereka ini berpuasa bukan kerana taat dan patuh kepada perintah Allah tetapi kerana malu kepada manusia lain yang berpuasa.

Biasanya orang seperti ini berpuasa kerana hendak menunjuk-nunjuk atau riak. Mereka tidak mempunyai sifat amanah kepada Allah mahupun pada diri sendiri.


Golongan ketiga
Mereka yang langsung tidak berpuasa kerana tidak malu kepada manusia apatah lagi kepada Allah. Golongan ini dianggap paling hina di sisi Allah.

Bahkan ada ketikanya mereka ini sanggup mengaku sebagai orang bukan Islam supaya terlepas daripada hukuman dan tindakan pihak berkuasa. Mereka tidak sedar bahawa pengakuan itu boleh membatalkan syahadah.

Sebaliknya, jika mereka tahu kelebihan serta rahmat dijanjikan Allah kepada golongan yang berpuasa untuk mendapat reda Allah, pasti mereka akan ikhlas menunaikan ibadat puasa.


Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah menjauhkannya neraka sejauh 70,000 musim.” (Hadis Riwayat Muslim)



Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
1 September 2009 bersamaan 11 Ramadhan 1430H
Read more
0

Panduan Harian Ramadhan


Assalamu'alaikum wbt. Agak lama juga saya tak update blog ini atas sebab yang tak dapat dielakkan. Sedar tak sedar telah tiba bulan Ramadhan, bulan yang paling dirahmati, diberkati serta ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam seluruh dunia.

Sekiranya anda ada mengimbas atau melihat entri-entri blog yang lepas, ada dinyatakan berkenaan kelebihan bulan Ramadhan. Ia merangkumi doa harian, hikmah ramadhan, kelebihan puasa, diet ramadhan, sedutan hadis & al-quran serta mutiara kata yang saya kumpul dari pelbagai sumber dan menjadikannya 1 artikel untuk 1 hari dalam bulan ramadhan.

Antara artikel berikut saya letakkan dalam setiap hari dalam bulan Ramadhan yang lalu:

| 01 Ramadhan | 02 Ramadhan | 03 Ramadhan | 04 Ramadhan | 05 Ramadhan |
| 06 Ramadhan | 07 Ramadhan | 08 Ramadhan | 09 Ramadhan | 10 Ramadhan |
| 11 Ramadhan | 12 Ramadhan | 13 Ramadhan | 14 Ramadhan | 15 Ramadhan |
| 16 Ramadhan | 17 Ramadhan | 18 Ramadhan | 19 Ramadhan | 20 Ramadhan |
| 21 Ramadhan | 22 Ramadhan | 23 Ramadhan | 24 Ramadhan | 25 Ramadhan |
| 26 Ramadhan | 27 Ramadhan | 28 Ramadhan | 29 Ramadhan | 30 Ramadhan |

Jika anda ada terbaca mana-mana artikel tentang kelebihan solat terawih pada hari tertentu, ianya adalah tidak benar kerana tiada nas-nas yang kukuh yg menyokong pendapat berkenaan dan ianya dikategorikan sebagai hadis maudhu' (rekaan). Wallahu'alam. Ia tidak saya sertakan dalam entri berkenaan.

Sila rujuk entri saya sebelum ini: Kepalsuan Hadis Kelebihan Solat Terawih

Semoga ramadhan kali ini disambut dan dihayati sepenuhnya kerana terdapat banyak kelebihan bulan ini berbanding hari yang lainnya. InsyaAllah, akan saya kongsi di entri yang lainnya. Manfaatkan.




Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
21 Ogos 2009 bersamaan 30 Syaaban 1430H
Read more
0

Perkara Asas Berpuasa



Apakah erti berpuasa yang sebenarnya…? Ramai di antara kita yang masih lagi tidak tahu..Cuma apa yang saya harapkan: Bagi mereka yang terlupa, ingat-ingatkanlah. Bagi mereka yang tahu, sebarkanlah.


APA ITU PUASA
  • Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan
    perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar
    sehingga terbenamnya matahari.
HUKUM PUASA
  • Hukum puasa terbahagi kepada tiga iaitu :
  • Wajib - Puasa pada bulan Ramadhan.
  • Sunat - Puasa pada hari-hari tertentu.
  • Haram - Puasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa.
SYARAT WAJIB PUASA
  • Beragama Islam
  • Baligh (telah mencapai umur dewasa)
  • Berakal
  • Berupaya untuk mengerjakannya.
  • Sihat
  • Tidak musafir
RUKUN PUASA
  • Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat).
  • Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
  • Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.
SYARAT SAH PUASA
  • Beragama Islam
  • Berakal
  • Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
  • Hari yang sah berpuasa.
SUNAT BERPUASA
  • Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
  • Melambatkan bersahur
  • Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
  • Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
  • Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
  • Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
  • Membaca doa berbuka puasa
PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA
  • Selalu berkumur-kumur
  • Merasa makanan dengan lidah
  • Berbekam kecuali perlu
  • Mengulum sesuatu
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
  • kedatangan haid atau nifas
  • Melahirkan anak atau keguguran
  • Gila walaupun sekejap
  • Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
  • Murtad atau keluar daripada agama Islam

PERKARA-PERKARA YANG DIBOLEHKAN KETIKA PUASA

  • Menyelam dalam air dan membasahkan kepala asalkan air tidak msuk ke dalam perut.
  • Bercelak dan menitiskan ubat kedalam mata
  • Mencium isteri bagi orang yang kuasa menahan nafsu syawatnya.Begitu
    juga dibolehkan memegang tangan dan memeluk isteri dalam bulan puasa
    asalkan dapat mengawal nafsu syawatnya.
  • Suntikan(Injection)dibolehkan dalam bulan puasa,Tetapi boleh juga
    orang yang disuntik itu tidak puasa sekiranya dia sakit dan wajib qada
    puasanya
  • Memasuki subuh dalan keadaan junub.
  • Perempuan yang sudah berhenti haid dan nifas pada malam hari di bulan puasa,boleh melambatkan mandi sehingga subuh.
HARI YANG DISUNATKAN BERPUASA
  • Hari Isnin dan Khamis
  • Hari putih (setiap 13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
  • Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
  • Enam hari dalam bulan Syawal
HARI YANG DIHARAMKAN BERPUASA
  • Hari raya Aidilfitri (1 Syawal)
  • Hari raya Aidiladha (10 Zulhijjah)
  • Hari syak (29 Syaaban)
  • Hari Tasrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)


Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; 

"Apabila Ramadhan telah datang maka dibukakan pintu rahmat, dikunci Neraka Jahanam dan dibelenggu semua syaitan." - Hadis Riwayat Muslim




Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
20 Ogos 2009 bersamaan 29 Syaaban 1430H
Read more
2

Sebuah tamparan & takdir



Sedang saya melungsuri laman-laman web ilmiah, saya terbaca satu artikel yang agaknya turut telah saudara saudari sedia maklum. Ingin saya kongsikan disini buat bacaan bersama. Ia sedikit sebanyak memberi kita ilmu dalam menjawab persoalan-persoalan yang dianggap remeh tetapi amat memalukan jika kita tidak dapat menjawabnya.

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan cuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama... kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan..

Pemuda : ...(terdiam...)


Apa yang anda fikir? Renung-renungkan kebenaran..wallahu'alam. =)
 Nota: Kiyai = Ustaz / Gelaran bagi guru agama di Indonesia



Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
2 Mac 2009 bersamaan 5 Rabi'ulawal 1430H
Read more
1

Pelancaran Portal Alumni Intake2004.com



Alhamdulillah...sebelum sampainya ke majlis kemuncak fasa ke-2 pra-makan malam beradat (pre-mess night) bagi pengambilan 2004 kejuruteraan, saya diberi peluang mewakili rakan-rakan seperjuangan saya untuk memperkenalkan portal alumni UPNM bagi pengambilan 2004. Portal ini kemudiannya dirasmikan oleh Ybhg Mej Badrul Nizam bin Ismail, Ketua Pengambilan 2004.

Idea menubuhkan portal sebegini adalah hasil cetusan idea beberapa orang pegawai kadet memandangkan alumni khusus yang dikelolakan oleh Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UPNM (yang dahulunya dikenali sebagai ATMA) dikatakan gagal memainkan peranan setelah lepasan-lepasan UPNM ini menamatkan pengajian mereka disini. Sebagai contoh, tiada satupun (jika tak silap saya) program alumni pun dijalankan untuk senior2 yang lepas. Senior-senior pengambilan sebelumnya banyak menubuhkan portal dan forum untuk berhubung secara dalam talian (onlline).

Memandangkan sistem batalion akan menggantikan sistem pengambilan bermulanya tahun ini, ia merupakan medium terbaik bagi menghubungkan pelajar/pegawai kadet 2004 khususnya yang tinggal secara berasingan. Maklumat yang membabitkan pengambilan, perkongsian gambar, pengalaman, dan apa sahaja boleh dikumpulkan dibawah naungan portal ini. Adalah diharapkan dengan adanya portal ini kelak para ahli intake 2004 dapat saling berhubung antara satu sama lain setelah masing-masing mengikuti servis dan unit yang berbeza. InsyaAllah.

Laman web rasmi portal alumni intake 2004:
atau anda boleh klik pautan berkenaan di sebelah kanan blog ini

kepada pegawai kadet pengambilan 2004, amatlah diharapkan anda dapat menyertainya.
kepada yang lain juga dialu-alukan..insyaAllah.

Disini saya sertakan montaj ringkas pelancaran portal berkenaan.




untuk muat turun, right klik link dibawah dan pilih 'save link as'
http://www.fhqhosting.com/ui/1portal2004launch.swf


Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
05 Januari 2009 bersamaan 08 Muharram 1430H
Read more
6

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah



Bismillah...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sekali lagi, tiba sudah tahun baru hijrah..permulaan kepada segalanya. Permulaan bulan baru, azam yang baru dan kepada diri kita yang baru. 1 Muharram adalah detik permulaan hijrah. Hijrah kepada yang lebih baik. Seringkali kita melupakan amalan yang sepatutnya kita amalkan setiap kali ketibaan tarikh yang penuh bermakna ke atas setiap umat Islam: Doa akhir tahun dan doa awal tahun. Tidaklah bermakna jika kita hanya melalui hari-hari yang mendatang tanpa azam dan kesungguhan taubat kita kepada yang Maha Kuasa. Bersama kita amalkan.





Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata,


"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




Klik pada imej untuk melihat dengan lebih jelas





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.


Ya Allah, apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak pula melupakannya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami padahal Engkau berkuasa untuk menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakai-Mu, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redha dan Engkau janjikan kami ganjaran pahala, maka kami pohonkan kepada-Mu ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Pemurah, wahai Empunya kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah daripada kami dan janganlah diputuskan harapan kami terhadap-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah!


Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarganya dan para sahabatnya sekalian dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.



Doa Awal Tahun Hijrah

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata,


"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".




Klik pada imej untuk melihat dengan lebih jelas





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.


Ya Allah, Engkaulah yang abadi, yang qadim (sediakala) dan yang awal. Dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kepermurahan-Mu yang sejati, tahun yang baru ini tiba kepada kami. Maka kami pohonkan kepada-Mu keterpeliharaan daripada syaitan yang direjam, para penolongnya dan tentera-tenteranya, dan kami pohonkan pertolongan menghaapi nafsu yang sentiasa menyuruh kejahatan dan kami pohon pertolongan untuk bergiat dengan amalan yang menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan, wahai yang Maha Mengasihani di antara yang mengasihani.


Moga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, Nabi yang ummi, ahli keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.




Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
27 Disember 2008 bersamaan 29 Zulhijjah 1429H
Read more
4

10 hari tanpa update



Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera kepada para pembaca. Jika anda perasan, laman blog ini dah seminggu tak dikemaskinikan. Sejak dari 9 Disember yang lalu sehinggalah 21 Disember ini, saya terlibat dengan sukarelawan Sukan Universiti Asean 2008 (AUG2008) yang berlangsung di Kuala Lumpur di mana Malaysia sebagai tuan rumah. Jika anda tak tahu apa itu AUG, sila lawati laman web ini: http://www.aug2008.com.my

InsyaAllah, saya akan mengejar balik apa yang tertinggal selama 10 hari ini untuk di muatkan dalam blog ini. Artikel tentang aidiladha yang lalu di UPNM, AUG2008 dan pelbagai artikel lain dah pun dirancang untuk diletakkan selepas sahaja semua ini selesai. Tak lupa kepada sahabat dan pelawat yang bertanyakan soalan dan tutorial, akan saya turut letakkan selepas ini. Seribu kemaafan dari saya...Jazakumullah..~
Read more

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner