Cari Blog Ini

Hari Ke-30 Ramadhan



1. Doa Harian Ramadhan 30:
"Yaa Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keridloan-MU dan keridloan Rasul. Cabang-cabangnya kokoh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kenabian Mohammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...Ameen..."

2. Hikmah Ramadhan 30:
Memiliki Pengaruh Besar Bagi Kesihatan Secara Umum...Pada puasa itu terkandung kesihatan yang besar dengan semua maknanya, baik kesihatan badan, perasaan, maupun rohani."

3. Kesilapan Berpuasa 30:
Tidur terlalu kerap atau terlalu lama. Walhal waktu ini boleh kita gunakan untuk membuat kabajikan dan amal ibadah sama ada kepada Allah mahupun manusia...Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti mendapat ganjarannya.

Tidur hanyalah menurut kepuasan nafsu sahaja sedangkan pada bulan Ramadanlah kita dikenhendaki supaya bersabar. Hukum tidur terlalu kerap menyebabkan kita makruh puasa.

4. Hadis & Al-Quran 30:
"Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa dia berpuasa, lalu ia makan atau pun minum maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah." - (Sahih Bukhari & Muslim)

5. Diet Ramadhan 30:

"Madu lebah(a'sl) mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit.

Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter)."

6. Mutiara Kata 30:
"Jika engkau berbuat dosa, maka memohon ampunlah, karena sesungguhnya dosa-dosa itu telah dibebankan di leher-leher manusia sebelum ia diciptakan. Dan sesungguhnya kebinasaan yang dahsyat itu adalah terletak pada melakukan dosa secara terus-menerus" - Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

0 komen:

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner