Cari Blog Ini

Duit raya untuk semua



Assalamu'alaikum wbt..sempena menjelang Syawal yang bakal tiba ni, saya telah pun menyediakan sedikit duit raya kepada para pembaca. Wah, tak sabarnya nak sambut Aidilfitri~!


Gambar diatas adalah gambar hiasan semata. Oleh kerana tahun ini kerajaan memberikan bonus kepada kakitangannya, alhamdulillah saya mempunyai sedikit lebihan bajet untuk ditambahkan kepada sampul raya.

Apakah itu duit raya? Setiap kali Syawal menjelma, secara automatiknya kaum muslimin & muslimat akan meraikan hari raya dengan meriahnya. Antara elemen penting dalam menyambut Hari Raya kebiasaanya adalah mercun, kuih raya, baju raya, dan tak lupa juga duit raya. Duit raya adalah pemberian ikhlas dari seorang dewasa kepada kanak-kanak sebagai tanda kesyukuran mereka kepada Allah disamping menambahkan amal kita dalam bersedekah.


Peliknya di sini hanya apabila tiba hari raya sahaja ramai yg bermurah hati utk memberikan wang, jangankan tunggu diminta mcm peminta sedekah kat jalan pun punyalah payah nak bagi. Tapi alhamdulillah sambutan aidilfitri (fitrah) menampilkan keperibadian kita yang sepatutnya kita tonjolkan sebagai seorang muslim yg sentiasa membantu saudaranya.


Berbeza dgn hari raya pula, pemberian duit raya kpd kanak-kanak dianggap satu tradisi sebagai tanda penghargaan mereka kpd kanak-kanak dalam mengharungi bulan Ramadhan yg telah pun berlalu (bg yg puasa la ;p) Tp walau bagaimanapun, pemberian pada hari raya sedikit istimewa berbanding pemberian biasa. Kanak-kanak adalah sebagai pembawa rezeki bagi sesebuah keluarga dan pemberian duit raya merasakan kehadiran mereka dirasai dan dihargai.


Oh ya, terlupa pula. Duit raya pula tak semestinya untuk kanak-kanak sahaja. Orang tua serta golongan yg kurang berkemampuan dari segi harta dan kudrat juga turut menerima sumbangan duit raya dari pihak berwajib dlm menjalankan tgjwb mereka membantu sesama mereka. Lazimnya, sesorang kanak2 atau remaja takkan menerima duit raya apabila mereka sudah mula masuk universiti / kerja. Ini kerana mereka sudah mampu berdikari dan matang dalam menyara diri sendiri.


Kesimpulannya, jika anda tergolong dalam golongan tidak patut dapat duit raya, patutnya anda kena berfikir balik adakah anda patut mendapat lagi duit raya? sekiranya "ya", maka anda masih lagi kurang matang dalam menempuh hidup ini. Bagi yg kata "tidak", alhamdulillah..dan ingatlah Allah akan sentiasa menolong orang2 yang sabar. Rezeki dtg dgn tak disangka.



Kepada golongan "tidak" ini, saya dengan ikhlas memberikan duit raya kepada anda. Sila gunakannya dengan bebas utk dihantar kpd kawan2 anda yg lain. (^^p). Selamat Hari Raya...jgn marah ea...~maaf zahir batin..



<a href="http://www.mohdzulhelmi.com/search/label/E-Card" target=_blank><img border="0" src="http://1.bp.blogspot.com/_QDmqanwRtL4/SN8DCL6P2LI/AAAAAAAAACI/FsmFJKpi0EU/s400-R/duit+raya+dari+aku.jpg"></a>

1 komen:

maziah berkata...

zul...nk duit raye......
nti raye kalu bt open house, sile2 la ajak ek..ko xajak siap ko..

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner