Cari Blog Ini

3 Golongan Yang Berpuasa



Assalamu'alaikum wbt. Telah lebih seminggu kita berpuasa pada bulan Ramadhan kali ini. Bagaimana pula dengan amalan kita di bulan yang mulia ini? Adakah makin bertambah baik atau sebaliknya? InsyaAllah untuk entri kali ini saya berkongsi sedikit sebanyak informasi berkenaan golongan berpuasa. Anda tergolong dalam golongan yang mana?


Golongan pertama
Mereka yang berpuasa kerana malu kepada Allah dan manusia, puasa mereka adalah berdasarkan kepada perasaan sedar dan insaf kepada perintah Allah yang mewajibkan berpuasa.

Golongan ini akan sentiasa berhati-hati dan sentiasa menjaga puasanya daripada perkara yang boleh membatalkan puasa. Oleh kerana itu, di mana juga mereka berada, tersorok atau tidak, mereka tetap memelihara puasanya.

Mereka yang berpuasa kerana Allah sedar bahawa Allah tetap melihat perbuatan mereka walaupun mereka tidak dapat melihat-Nya.


Golongan kedua
Mereka ini berpuasa semata-mata kerana malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Allah. Lantaran itu, apabila berada jauh daripada pandangan manusia, tanpa segan-silu mereka meninggalkan puasa.

Mereka ini berpuasa bukan kerana taat dan patuh kepada perintah Allah tetapi kerana malu kepada manusia lain yang berpuasa.

Biasanya orang seperti ini berpuasa kerana hendak menunjuk-nunjuk atau riak. Mereka tidak mempunyai sifat amanah kepada Allah mahupun pada diri sendiri.


Golongan ketiga
Mereka yang langsung tidak berpuasa kerana tidak malu kepada manusia apatah lagi kepada Allah. Golongan ini dianggap paling hina di sisi Allah.

Bahkan ada ketikanya mereka ini sanggup mengaku sebagai orang bukan Islam supaya terlepas daripada hukuman dan tindakan pihak berkuasa. Mereka tidak sedar bahawa pengakuan itu boleh membatalkan syahadah.

Sebaliknya, jika mereka tahu kelebihan serta rahmat dijanjikan Allah kepada golongan yang berpuasa untuk mendapat reda Allah, pasti mereka akan ikhlas menunaikan ibadat puasa.


Daripada Abu Sa’id al-Khudri katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah menjauhkannya neraka sejauh 70,000 musim.” (Hadis Riwayat Muslim)



Mohd Zulhelmi
SKTN SABKL ATMA-UTM UPNM
1 September 2009 bersamaan 11 Ramadhan 1430H

0 komen:

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner