Cari Blog Ini

Memasuki Windows Safe Mode



Apakah itu “safe mode”? Dalam “safe mode” (Mod Selamat), sistem Windows hanya akan mengaktifkan servis-servis dan pemacu (driver) yang perlu sahaja bagi memastikan komputer anda dapat berjalan dalam keadaan yang minima.


Dalam tutorial ini, saya akan menunjukkan bagaimana caranya untuk menukar sistem kepada “safe mode” untuk sistem WindowsXP dan WindowsVista.

Macam mana nak memasuki “Windows Advance Option Menu”?

1. Untuk sistem Windows2000, XP dan Vista, restart komputer anda
2. Sebaik sahaja informasi BIOS telah dipaparkan tekan kekunci “F8″ berulangkali
3. Pastikan tiada loading logo windows keluar
4. Tahniah! Anda dah pun berjaya masuk ke menu tersebut
5. Gunakan kekunci anak panah untuk memilih pilihan yang bersesuaian

Pada “Windows Advance Option Menu” terdapat banyak pilihan lain yg mungkin berguna untuk melakukan pembaikpulihan. Terdapat 3 jenis “safe mode” maka pilih mana yang bersesuaian dengan masalah komputer anda.

Safe Mode - Pilihan di mana sistem hanya akan mengaktifkan fungsi yang paling minima beserta antara muka pengguna (Graphic User Interface - GUI) dan kebiasaanya pilihan ini dipilih.

Safe Mode with Command Prompt - Mod ini hanya akan mengaktifkan fungsi program MS DOS yang digunakan untuk membaik pulih sistem operator. Sangat berguna jika anda memerlukan arahan DOS seperti utk mengimbas atau membaiki cakera keras atau “hard disk” yang telah rosak sektornya

Safe Mode with Networking - Membolehkan anda mengakses internet atau rangkaian komputer tempatan semasa dalam “safe mode”. Pilihan ini berguna jika permasalahan itu memerlukan sambungan internet jadi sistem dapat dikemaskini, memuat turun fail pemacu (driver) yg terkini atau lain-lain untuk membaik pulih komputer anda.

“Last Known Good Configuration” adalah setting yang akan mengenalpasti bila kali terakhir sistem dapat beroperasi dengan sebaiknya. Walau bagaimanapun, ia akan diganti sebaik sahaja anda berjaya log masuk akaun anda. Jadi, jika terjadi sesuatu masalah pada sistem, pastikan anda mencuba pilihan ini sebelum log masuk akaun anda.

Dalam keadaan ini, kesemua program yang sepatutnya aktif pada waktu mula login akan dihentikan untuk membolehkan pengguna (user) memperbaiki masalah yang tidak dapat dibaiki dalam mod biasa (Normal Mode) yang mana pada kebiasaannya disebabkan kehadiran virus atau fail sistem yang rosak. Kebiasaanya fail-fail virus atau trojan ini akan “running” pada permulaan komputer login dalam mod biasa.

Setelah selesai urusan dalam “safe mode”, anda boleh kembali ke mod asal hanya dengan “restart” komputer. Atau jika anda dalam MS DOS Command Prompt, hanya taip EXIT untuk restart.

0 komen:

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner