Cari Blog Ini

Apa Itu Direct Download?




Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Kebelakangan ni Zul sering didatangi oleh kawan-kawan dan sahabat untuk mendapatkan installer software dari Zul. Kebanyakan perisian (software) yang Zul ada yang sukar didapati di internet. Di sini Zul ingin menceritakan konsep muat turun secara terus (direct download) yang biasa dilakukan oleh pengguna internet untuk mendapatkan apa-apa fail sekalipun.


Pengenalan Umum

Seperti gelarannya juga, muat turun secara terus (direct download), membolehkan pengguna mengakses terus fail yang ada di sesuatu server dan terus memindahkan fail yang dikehendaki ke dalam komputernya. Pengguna boleh mememuat turun fail tersebut dengan hanya menggunakan pelayar (browser) tanpa menggunakan applikasi penyokong luaran, dan itulah yang dinama kan Direct Download.

Walau bagaimana pun, pengguna boleh menggunakan applikasi pengendali muat turun (download manager) untuk menguruskan senarai muat turun bagi mendapatkan kelajuan pindahan data yang lebih optimum. Antara download manager yang popular adalah Internet Download Manager (IDM), Download Accelerator Plus (DAP), Fresh Download (FD) dan DownThem All! (plugin untuk pelayar Firefox)


Kaedah Pemindahan Fail

Direct download ini boleh dilakukan melalui 2 protokol - HTTP (HyperText Transfer Protocol) atau FTP (File Transfer Protocol) yang biasa digunakan di mana-mana laman web atau webserver. Pengguna hanya perlu klik pada pautan (link) yang ada untuk mendapatkan fail tersebut untuk disimpan ke dalam komputer.

Sebagai contoh, jika anda klik pautan seperti ini: Rukun Negara.pdf, atau seperti ini: JPA-SPP UPNM.doc pelayar atau download manager akan memaparkan tetingkap untuk menyimpan fail berkenaan ke dalam komputer. Fail kemudiannya akan dipindahkan dari server/laman web berkenaan terus kepada komputer pengguna sama ada melalui pelayar atau applikasi download manager. Itulah yang dinamakan direct download.

Sekiranya anda mempuyai yang terpasang plugin untuk pelayar, fail tersebut akan dipindahkan terus secara sementara dahulu sehingga lengkap sebelum dibuka terus di dalam pelayar. Kes seperti ini berlaku sekiranya anda mempuyai Adobe Reader terpasang dalam sistem komputer anda. Untuk kes seperti ini, anda juga boleh menyimpan fail berkenaan tanpa menunggu ia dimuat turun semula.


Kelebihan dan Kelemahan

Pertama: Kaedah ini akan cuba menggunakan aliran maksimum mengikut pakej internet yang diambil

Kelajuan download boleh mencapai kelajuan maksimum internet. Jika anda pakai pakej TMNut Screamyxxx 1MBps, kemungkinan besar juga anda boleh dapat speed maksimum pakej anda tu.

Kesannya jikalau anda tengah melayari mana-mana laman web pula, proses memuat turun ini akan menggunakan trafik internet semaksimum mungkin dan menyebabkan sesuatu laman itu lambat untuk dibuka.

Kedua: Kelajuan muat turun bergantung kepada bandwith (aliran trafik) webserver

Jika ramai yang download fail yang berada pada satu webserver yang sama pada satu-satu masa, download anda juga slow sebab server hanya boleh menampung trafik yang telah ditetapkan.

Oleh sebab itulah jika kita memuat turun dari laman yang ramai pengunjung yang juga memuat turun fail, server laman web itu (webserver) akan membahagi-bahagikan bandwith untuk setiap pengguna yang download dari dia. Jadi walau laju mana pun pakej internet anda, anda takkan dapat kelajuan muat turun yang maksimum.


Kesesuaian dan keserasian

Gunakan kaedah ini untuk memuat turun fail yang tak berapa besar saiznya (<10MB) kerana sedang dalam proses memuat turun, kemungkinan fail boleh rosak disebabkan talian web server itu sendiri atau proksi yang anda gunakan.

Gunakan download manager supaya anda dapat mengehadkan kelajuan muat turun dan tak mengganggu perjalanan untuk melayari laman web yang lain. Ia juga dapat memberhentikan proses muat turun dan menyambungnya semula jika perlu.


Kesimpulan

Sekarang anda dah tau apa yang dikatakan direct download. Mungkin ramai daripada anda dah tau konsepnya dan taklah berapa sukar nak faham pun sebab anda pun selalu buat kan? Cuma sedar tak sedar je atau mungkin anda tak perasan. Akan datang Zul akan terangkan pula kaedah muat turun yang lain. InsyaAllah..~teruskan menunggu..~

3 komen:

NIZA.Ati berkata...

asyik aku je komen kat bhgian komputer ni..hehehe.. =) Dua2 method pun aku pakai...ikut suke2 aku...lau aku nak dwld sambil tdo..aku pkai download manager (orbitdownloader), lau aku rase nak cepat2 sbb nak pkai bende yg didownload tu..aku directly dwld jek... ;-)
Tapi lau nak dwnload dr youtube ke..or ape2 flash appication ke..aku pakai orbit tu jugak la..

Perwira Negara berkata...

na'z x dinafikan la master komputer..he2. aku xberapa suka sgt direct download ni..slow la sbb guna wireless line x konsisten. better utk yg guna fixed line je..

utk youtube aku pakai real player 11 sbb dia ada plugin utk browser. streaming lambat..

Tanpa Nama berkata...

Banyak plug-in mozilla yang boleh digunakan untuk download dari youtube...

Latest blog Pertuturan adalah doa

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner