Cari Blog Ini

Hairan bin Ajaib Part 2




Okey..ini pula adalah sambungan bagi Part 1. Sebelum anda membaca part 2 ini adalah lebih baik anda membaca Hairan bin Ajaib Part 1 dulu ye... (^_^). Okey, zul sambung..dalam dunia hari ini, bila difikir-fikirkan balik, hairan sungguh...

21. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

22. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah dimerata-rata tempat dengan
mudah mendapat lagi.

23. Bilamasa skuad hoki negara kita sangat berpuas hati hanya dengan peningkatan permainan mereka walaupun tewas sedangkan pasukan lain berkejar-kejaran dan bermati-matian untuk mendapatkan pingat.

24. Bila FAM kita berhempas pulas untuk menaikkan nama pasukan bolasepak negara dengan menukar-nukar pemain dan jurulatih sedangkan maseh mengekal pucuk pimpinan yang lama.

25. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.

26. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.

26. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

27. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Siti Nurhaliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.

28. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.

29. Bila melihat sesetengah pemandu yang tak tahu untuk menggunakan lampu isyarat apabila hendak membelok.

30. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.

31. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi jalan.

32. Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum pernah berjumpa.

33. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak...

34. Bila korang baca artikel ni je..walau takde apa yg istimewa, tp korang rasa nak letak kat blog korang kan? hehehe..rasanyalah..letak le..tak marah pun... (^^D)

4 komen:

Puteri Amna Balqies berkata...

32. "Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum pernah berjumpa."

ehh sape kate tak jumpe..tapi akak ngan akir jumpe taw..hahaha g firstdate kat midvalley lagi..dari cyber terus turun ke hati..leh jew kalo niat betul2 nak jumpe.. ;p

Kapt Ir Dr berkata...

ai..patut kena ubah ni..hehe
kan sy kata "artikel ni dah lama dah sampai lupa dpt dari mana"

akak lain la...special kes..hehe..
org skrg da berani..~ ;D

Puteri Amna Balqies berkata...

hehe...org skrg da semankin berani sampai ade yg lari kawen ikut laki sampai lupe diri..mcm kes2 yg kawen ikut laki indon balik indon..takut kan..cinta tu bute kan..kalo ade mate da tentu bole cam.. ;p

maziah berkata...

kalu ade jodoh tak kemane kn..

anyway, good info..ade yg leh caye..

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner