Kekunci 'Windows' pada keyboard anda. Berapa kerapkah anda guna? dah tentu la setiap apa yang ada tu ada kegunaannya kan. Kekunci yang terletak pada baris terbawah papan kekunci pada keyboard atau laptop anda itu jangan la diabaikan. Ia lazimnya digunakan sebagai 'shortcut' atau akses pantas untuk membuka sesuatu program pada sistem Windows yang telah ditetapkan arahannya oleh pengeluar sistem Windows iaitu Microsoft.
Antaranya kegunaannya ialah:
Windows = Paparkan 'Start Menu'
Windows + B = Pilih ikon applikasi pada ruangan berdekatan jam
Windows + D = Paparkan 'Desktop'
Windows + E= Buka 'Windows Explorer'
Windows + F = Paparkan 'Search for files'
Windows + Ctrl + F = Paparkan 'Search for computer'
Windows + L = Tukar pengguna (PC) atau kunci komputer (Laptop)
Windows + M = Minimize semua tetingkap aktif
Windows + SHIFT + M = Paparkan semula semua tetingkap aktif
Windows + R = Paparkan 'Run'
Windows + T = Paparkan thumbnail prgoram aktif pada taskbar (Vista)
Windows + U = Buka 'Utility Manager' (XP), 'Ease of Access Center' (Vista)
Windows + Q = Tukar pengguna (dengan XP Powertoys Sahaja)
Windows + Y = Papar applikasi Yahoo Messenger (jika aktif)
Windows + X = Paparkan 'Windows Mobility Center'(Vista)
Windows + F1 = Paparkan bantuan 'Help and Support Center'
Windows + PAUSE = Paparkan 'System Properties'
Windows + TAB = Program aktif pada taskbar (XP), Tunjukkan aplikasi aktif (Vista)
Sekiranya ada lagi akses pantas yang boleh dibuat menggunakan kekunci 'Windows' ini sila kongsikan bersama ye..
7 komen:
Yup kerap...terutama bila nak shou down
Windows > U > U
Or stanby
Windows > U > S
wah..betul juga ye..tp tu hanya applicable utk WinXP dan sebelumnya..
nanti update list shortcut ni..
syukran na'z..~
bagus tips nie...
jarang2 ade dlm bahasa melaysia
ko maintain entry mcm nie..nanti blog ko boleh jadi hongkiat.com versi bahasa melayu.
thanks! aku buat ni pn based on pengetahuan aku je..mmg nak bykkn lg artikel psl komputer jg..
ermm akak pun kerap gak gune lagi2 bile nak shut-down pc kat opis ni..sebab akak ni malas nak tekan tikus mondok ni...hehehe pemalas kan akak ni..ape pun good info..thanks..nanti akak print wat rujukan..
Thanks..
Haha..sy ler org yg xguna mende alah ni..
tp lepas bc artikel ni, kena pratikkanlah..:D
@kak amna: akak takpe la..dah terer..hehe..
@ainsya: ni juz shortcut je. depend pada user jg yg mana lg senang guna..kalau mls cam akak amna ni bley la..hehe..sori kak..
Catat Ulasan