Bismillah...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sekali lagi, tiba sudah tahun baru hijrah..permulaan kepada segalanya. Permulaan bulan baru, azam yang baru dan kepada diri kita yang baru. 1 Muharram adalah detik permulaan hijrah. Hijrah kepada yang lebih baik. Seringkali kita melupakan amalan yang sepatutnya kita amalkan setiap kali ketibaan tarikh yang penuh bermakna ke atas setiap umat Islam: Doa akhir tahun dan doa awal tahun. Tidaklah bermakna jika kita hanya melalui hari-hari yang mendatang tanpa azam dan kesungguhan taubat kita kepada yang Maha Kuasa. Bersama kita amalkan.
Doa Akhir Tahun Hijrah
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata,
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
Klik pada imej untuk melihat dengan lebih jelas
Doa Awal Tahun Hijrah
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata,
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Klik pada imej untuk melihat dengan lebih jelas
Mohd Zulhelmi SKTNSABKLATMA-UTMUPNM
27 Disember 2008 bersamaan 29 Zulhijjah 1429H
6 komen:
Salam Maalhijrah 1430H, kapten!!
Moga dirahmati dan dimudahkan Allahs egala urusan, insyaAllah!
Salam maal-hijrah 1430H juga BalQis..~syukran jazeelan..
"Berhijrahlah! moga diri ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya..~Hijrah bukan sekadar perubahan sikap, tapi minda dan perjuangan hidup.."
salam maal hijrah zul..lame tak ke sini..akak pun tgh bizi nak final exam..untuk zul akak doakan semoga berjaya..
syukran jazeelan kak..ma'at taufiq wannajah..slmt berjaya saya doakan juga..~salam hijriah 1430H
saLaam maAL hiJRaH tuAn...
seLamaT taHun Baru 2009...!!!
seMoga baHagiA denGan inSan teRsayaNg...
http://ukhtifillahrahimakumullah.info/fireboard/view/tanya-jawab-diskusi/diskusi-agama/140/doa-awal-dan-akhir-tahun-bid-ah-kah//.html
Catat Ulasan