Cari Blog Ini

Sambungkan Komputer ke TV/LCD Projektor





Berikut adalah tutorial ringkas yg saya tahu untuk untuk menyambungkan PC ke TV sebagai monitor utama atau kedua. Sekiranya ada lagi kaedah penyambungan lain yg anda tahu, sila masukkan ke dalam komen.



1. Kabel S-Video




Kaedah ini adalah yg paling kerap orang guna oleh sebab harga kabel ini agak murah, dan kebanyakan TV yg dihasilkan masa kini mempunyai port atau pencucuh untuk kabel S-Video. Anda perlu pastikan PC/laptop anda juga ada port tersebut. Harus diingatkan disini terdapat 2 jenis port dan wayar kabel S-Video (4-pin dan 7-pin). Biasanya laptop dan kad grafik utk komputer adalah jenis 4-pin dan TV pula 7-pin. Jadi kalau kedua-duanya tak sama, kaedah ni tak boleh diguna pakai.

2. Kabel VGA (Video Graphic Adaptor)




Kebiasaannya, kebanyakan perkakasan digital seperti laptop, LCD projektor dan kad grafik mempunyai port VGA. Sekiranya TV yang anda beli itu adalah HDTV (High-Definition Television), jadi saya menggalakkan menyambungkannya menggunakan kaedah ini kerana kualiti gambar yg dihantar adalah lebih baik dari kabel S-Video yang jauh lebih murah. Diingatkan bahawa kaedah penyambungan ini hanya utk TV yg ada port VGA yg tiada pada TV biasa. Port VGA biasanya hanya ada pada HDTV.

3. Kabel DVI (Digital Visual Interface)




Selari dengan namanya, perkataan "digital" bakal memberika imej berkualiti tiggi yang mana lebih baik daripada kabel S-Video atau VGA. Dah tentulah PC/laptop dan TV anda perlu ada port DVI dan kebiasaanya kad grafik yang terkini mempunyai port ini. Kabel ini agak mahal berbanding yang saya terangkan sebelum ini di antara RM40-RM80 untuk 2-5 meter.

4. Kabel HDMI (High-Definition Multimedia Interface)




Kaedah penyambungan ini memberikan kualiti yang paling berkualiti tinggi setakat ini. Setakat yg saya tahu, tiada lagi komputer/kad grafik yg ada port ini tetapi anda boleh menggunakan kabel "DVI kepada HDMI" untuk menyambungkan PC anda kepada TV. Dalam pasaran sekarang, hanya Skrin LCD 22" untuk komputer, HDTV dan dekoder ASTRO sahaja yang ada port ini.

5. Cable Converter Box




Kaedah ini adalah yg pilihan terakhir yang boleh diguna selain di atas. Fungsinya adalah untuk menukarkan signal analog dari wayar komposit kepada digital atau sebaliknya. Signal CPU yg dihantar kepada monitor komputer adalah digital tetapi kebanyakan TV hanya boleh sokong signal analog. Wayar S-Video/VGA/DVI boleh disambungkan kpd kotak ini dan wayar komposit akan disambungkan dari kotak ini kepada TV untuk menerima signal paparan dari komputer.

7 komen:

19zim berkata...

Biasa orang guna S-Video, tapi ade masalah nak masukkan bunyi ke dalam TV...

Blog aku da ade Show/Hide full post...

Latest blog Update Windows

19zim berkata...

Bro, ko dah kena tag dengan aku hehehe... Klik kat sini

Kapt Ir Dr Zul berkata...

S-Video hanya untuk visual, kalau nak guna 1 kabel untuk 2 kegunaan audio/video lebih baik guna kabel komposit..

nanti aku update post ni.. =)

Tanpa Nama berkata...

tv aku cuma ada s-video 4 pin.Masalahnya,laptop aku tiada untuk cable s-video.Yang cuma ada HDMI,VGA.Camna tu?

jalita berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
jalita berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
jalita berkata...

Sallam tuan. . Nak tanya ada tak cara nak guna 1 cpu dan pamer kepada 6 monitor dengan gambar atau bahan yang berbeza

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner