Cari Blog Ini

Domain Name untuk Laman Web



Assalamu'alaikum wbt semua..alhamdulillah setelah agak lama juga mencari-cari, akhirnya dapat juga saya mendapatkan "domain name" untuk blog ni. Sebenarnya bukan apa, terfikir-fikir juga adakah berbaloi beli domain name ni..? Yang lama bukan sebab fikir nak labur duit tapi sebab lama sangat2 nak fikir nama apa nak diletak untuk blog ni.

Apakah itu "domain name"? Bagi mereka yang agak baru dalam dunia IT, memang kebiasaanya anda tak pernah dengar kan? Okeyah..mengikut Wikipedia, "Domain names are used in a variety of contexts for identification, reference, and access to Internet resources" bermaksud adalah nama yang menggambarkan identiti dan memudahkan akses bagi sesuatu laman web bagi menggantikan alamat bernombor (IP address) bagi sesuatu laman web.

Sebagai contoh, jika sebelum ni alamat blog ni adalah "http://zullkj.blogspot.com" maka saya juga blh menggunakan alamat "http://mohdzulhelmi.com' atau sebagainya yang mana ia lebih mudah untuk diingati untuk pergi ke laman web yang sama. Perlu diingatkan disini, domain name adalah berbeza dengan URL (Uniform Resource Locator) dari segi maksud walaupun fungsinya nampak sama.

Anda boleh mendaftar apa sahaja nama yang anda suka untuk laman web anda. Setiap nama itu akan diakhiri dengan .com / .info / .name / .net / .org atau slain2 yang dikenali sebagai top-level domain (TLD). TLD menggambarkan apa jenis laman web anda. Sebagai contoh, TLD .org digunakan oleh sesuatu organisasi (organization) manakala .com untuk sesebuah syarikat (company)

Okeylah..nampak macam korang dah pening kan..hehe..berbalik kpd motif asal saya untuk pilih domain name utk blog ni, terfikir2 jugak apa nama nak letak. Ada fikir nama yang pelik2, tak kurang juga nama samaran, kata nama yang biasa. Pening punya fikir, sahabat saya Mohd Lazim cadangkan supaya letak je nama..senang cerita katakan. Timbul pula satu masalah. TLD apa nak letak.. dot com ke dot net ke dot dot dot...hehe..setelah menerima pelbagai pengaruh dari rakan sebaya, akhhirnya terpilih la mohdzulhelmi.com sebagai percubaan tahun pertama.

Dari segi kos pula, jangan terkejut jika saya katakan domain name ni agak murah. bergantung kepada server provider kebiasaannya domain name dijual pada kadar harga serendah RM30-RM45 setahun, bergantung kpd jenis TLD yang dipakai. Untuk 2nd Level domain (2LD) pula seperti .com.my / .net.my / .edu.my atau lain2 pula agak mahal kerana memerlukan kawalan ketat kerajaan dan perlu dikemukakan dokumen berkaitan untuk memakainya. Provider 2LD untuk Malaysia adalah MyNIC.net.my dan kebisaannya harganya mencecah RM120 setahun. Kawalan keselamatan 2LD adalah lebih ketat untuk memastikan ianya selamat dari penggondam siber (hackers).

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Wikipedia:Domain Name untuk maklumat umum. Sekarang anda sudah tahu apakah itu domain name secara kasarnya. Kalau ada peluang dan mampu, domain name macam manakah yang anda pilih?

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

smart la geng..aku da add..
bile nk wat upnm blogger gathering ni..

Tanpa Nama berkata...

thanks afham..
utk upnm blogger gath tu, korang diskas la camne...nnt aku bg pendapat key..

NIZA.Ati berkata...

Advance dr aku nmpknyer... Papepun..congratz erk.. Salam aidilfitri dr aku..
http://simplelifeofniza.blogspot.com
http://bicaraqalbu.blogspot.com

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner