Cari Blog Ini

Ada Masalah Komputer?




Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semua pembaca. Tiada apa yg nak Zul katakan sangat. Dari apa yang ada di weblog ini, Zul dapati tak banyak artikel dalam bahagian Dunia-IT khususnya dalam dunia perkomputeran. Memang ada hasrat nak muatkan seberapa banyak ilmu yg Zul ada untuk kita kongsi bersama tapi Zul sendiri pun tak tau dari mana nak mula. Nanti kalau merapu2 atau syok sendiri je apa pula korang kata kan.. hehe..


Jadi kepada sesiapa yang ada masalah dengan komputer anda atau nak tau tips dan cara serta tutorial berkenaan komputer dalam sistem windows (98, 2000, XP atau Vista) boleh la kemukakan dalam email atau diruangan sembang disebelah kanan laman ini. Nak letak kat ruangan komen artikel ini juga boleh. InsyaAllah Zul akan dapat membantu menyelesaikan / menjawab pertanyaan anda sebaik yang boleh untuk anda fahami.

Anda boleh tanya apa sahaja yang berkaitan dengan dunia teknologi hari ini. Zul bukan pelajar jurusan perkomputeran namun ia adalah bidang yang Zul minati. Tujuan Zul adakan ruangan Dunia-IT adalah supaya kita sama-sama dapat berkongsi ilmu dan dalam masa yang sama Zul juga dapat menambah ilmu yang sedia ada. InsyaAllah.

Ikhlas : Mohd Zulhelmi 
Degree of Civil Engineering UTM-UPNM

2 komen:

Tanpa Nama berkata...

Saya mempunyai sebuah komputer yang saya beli pada tahun 2007. Keupayaan komputer saya sejak akhir ini agak lambat, tidak laju. Saya gunakan operasi Windows XP. Kadang-kadang semasa membuat kerja rutin saya sebagai guru, komputer tersebut tiba tiba 'hang'. Apakah yang perlu saya buat untuk membuat komputer saya pulih semula untuk jadi lebih laju.

permata berkata...

salam. saya ada sebuah PC yg dibeli pd awal 2006. komputer ni baru je dibaiki pd bulan lepas. tp skrg monitornya selalu lambat on bila start on komputer. gelap aje. kadang2 bila dah on, tengah2 buat kerja tu dia ada berkelip2 sekejap2.. agak2 kenapa ye? skrg saya guna monitor kawan saya utk buat kerja n monitor saya terbengkalai mcm tu je.. tolong lah... :(

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner