Cari Blog Ini

Kajian Letupan Struktur Konkrit




Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera kpd semua pembaca. Zul baru sahaja pulang dari Kem Asahan semalam. Agak meletihkan dan kerja PSM + Projek Amalan Professional untuk Kejuruteraan Awam belum sempat disiapkan lagi. Zul ke Asahan untuk terlibat dalam ujikaji pemerhatian kesan letupan terhadap struktur konkrit ringan. Em, gambar kat atas tu buat Zul nampak garang tapi tu jadi sebab panas terik...Jangan takut pula. Lagi satu, trooper tu bukan Zul yang pandu okey.. hehe.


Pengenalan

Ceritanya begini: ada satu syarikat konsultan awam nak buat kajian tentang ketahanan struktur dan kesan letupan struktur konkrit terhadap keadaan sekeliling. Jadi mereka minta bantuan dari Jabatan Kejuruteraan Awam UPNM untuk dapatkan bahan letupan dan tapak kajian. Dalam masa yang sama, pensyarah kejuruteraan UPNM juga ada buat kajian tentang perkara yang hampir sama tapi berlainan aspek dan khusus untuk R&D (research and development) untuk ATM  dan juga PhD mereka. Pensyarah dan professor dari UTM, UKM dan UPM turut dijemput sebagai pemerhati.


Hari pertama

Bertolak dari UPNM dengan 2x trooper 4WD, 1x van, dan 1x lori 3T, membawa muatan bahan letupan detonator, PE (plastic explosive) dan keperluan lain menuju ke Kem Asahan, Melaka. Konsultan dan orang awam lain tunggu di pintu masuk kem dengan kenderaan mereka. Sampai dalam jam 1500H dan turunkan peralatan khemah dan setting-out tapak letupan untuk esoknya. 

Perasan juga lapang sasar (tapak) pemusnahan struktur ni selalu digunakan oleh Kastam Diraja Malaysia untuk melupuskan mercun seludup. Memang banyak. yang boleh pakai pun ada lagi. Dah je maghrib pergi ke Tangkak, Johor menginap di Gunung Ledang Resort. Makan malam, tidur. Buat tesis PSM setakat mampu tapi tertidur lak. Penat.


Hari kedua

Tepat jam 0900H, nak bertolak kembali ke tapak letupan 40km dari resort. Lori 3 tan yang bawa muatan konkrit pancit 1 tayar. Terpaksa pindahkan konkrit kat land rover unit 9 rejimen askar jurutera dari Gemas. Unit kor perkhidmatan terpaksa dipanggil untuk ganti kerosakan. Kami pergi dulu untuk sambung setting tapak.
Setelah taklimat ringkas dari pegawai letupan, yang lain dikehendaki tunggu di pos perlindungan 2km dari tapak letupan sebagai langkah keselamatan. Kiraan countdown diberi melalui walkie-tallkie. Terasa juga gegaran dari jarak 2km tu. Inikan dari dekat. Setelah diberi kebenaran masuk semula, barulah semuanya kembali ke tapak untuk lihat hasilnya. 3 kali letupan untuk 3 sampel dibuat.

Kamera berkelajuan tinggi digunakan untuk merakamkan detik-detik letupan struktur sehingga 10,000 fps (frame per second) berbanding kamera biasa (30 fps) bergantung kepada keadaan cuaca. Lagi cerah, lagi baik. Hari ini memang hujan renyai-renyai, tapi tak terlalu basah. Nasib la pakai loreng, tak la takut basah + kotor. Kamera dilindungi dengan kaca kalis peluru yang mampu menahan gelombang letupan dari kawasan yang dekat dengan sampel. Rakaman selepas itu boleh dimuat turun ke dalam komputer.

Tapak dibahagi ikut jejari dan sektor dari titik letupan sampel. Konkrit yang pecah akan dikutip ikut sektor dan dimasukkan dalam plastik. Ini dibuat supaya kita dapat kaji tahap momentum letupan, sejauh mana ia boleh pergi, bergantung kepada bahan campuran konkrit yang digunakan. Dari rakaman dan sampel kita boleh kaji halaju pecahan terbang, sifat sampel semasa pecah, projektail, dan lain-lain.

Balik ke resort, bebual dengan konsultan dan pensyarah tentang kajian ni dan kaitan dengan PSM kami. Sampai awal malam dah penat, ngantuk juga. Tidur awal.


Hari ketiga

Kajian letupan dah habis. Jadi hari ini masa nak rehat dan suka ria. Boleh mandi sungai, panjat gunung tu suku jalan. Manfaatkan masa yang ada. Pagi tu berjongging dengan konsultan naik ikut laluan trek mendaki gunung. Lepas sampai kat tengah tu tak boleh pergi lagi sebab takde permit. Hehe..So mandi sungai jelah. 

Bertolak pulang lepas check-out bilik dalam jam 1200H. Makan tengah hari di Restoran Jejantas Ayer Keroh. Elaun makan yang konsultan beri pun tak usik lagi. Masa ni la nak guna kan.


Kesimpulan

Keseluruhannya, kajian macam ni memang menarik! dan tak semua orang berpeluang pergi. Maaf sebab ada certain gambar macam bahan letupan dan blast setting Zul tak boleh nak tunjukkan atas dasar keselamatan. Namun alhamdulillah, hasil dari kajian ketahanan struktur masih bidang yang kurang penglibatan di Malaysia  ini banyak menambah pengetahuan Zul dalam meneruskan pembelajaran untuk memberi sumbagan dalam pertahanan negara. InsyaAllah.

4 komen:

permatamu berkata...

salam..hm..pengalaman menarik! (^_^)

Puteri Amna Balqies berkata...

hahahaha siap posing depan 4wheel lagi..

Kapt Ir Dr berkata...

lepas je daripada tu, lecturer engineering dah tubuhkan satu unit kajian letupan kat UPNM =)

ruginya student x dpt join..tak cukup ilmu..hehe..

permata berkata...

smg dlm masa terdekat ni tn dpt jadi civil engineer spt yg tn impikan, ameen. waiting for miracles, nothing impossible, believe in Allah :)

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner