Cari Blog Ini

Sutrah Ketika Solat - Tahukah anda?




Assalamu'alaikum wbt kepada para pembaca. Tahukah anda, syarak menyuruh sesiapa yang hendak bersembahyang di tempat yang mungkin dilalui orang supaya mengadakan sutrah (penghadang atau sekatan) di hadapannya?

Apakah itu sutrah? Ramai di antara kita yang memandang remeh hal ini beralasan ianya cuma sunat, sebaliknya ianya sangat diberi penekanan oleh Rasulullah. Dengan sedikit pengetahuan yang ana ada, diharap kita sama-sama berkongsi ilmu. Saya akan terangkan secara ringkas untuk pemahaman antum semua. InsyaAllah..


Hukum meletakkan sutrah

Hukum meletakkan sutrah untuk solat adalah SUNAT.

Apabila baginda saw bersolat (di tempat terbuka yang tiada sesuatupun yang membatasinya), baginda SAW mencacakkan tombak di hadapannya, lalu solat menghadap tombak tersebut, sedang para manusia bersolat di belakangnya (al-Bukhari, Muslim dan Ibn Majah)


Apa yang boleh dijadikan sutrah?

Beg, tiang, dinding, tabir, kerusi atau apa saja yang tingginya lebih dari 2-3 kaki dan tidak pula ia bergerak. Belakang manusia(iaitu menghadap punggung) juga dianggap sutrah.

Kata Imam An-Nawawi: Berupa sesuatu yang dapat didiri atau diletakkan di hadapan seseorang yang bersembahyang seperti tongkat, kayu, kumpulan batu atau tanah (jika sembahyang di atas tanah atau pasir, atau barangan;(jika tiada) boleh juga tikar atau hamparan sembahyang; pun juga digariskan satu garisan (sebagai langkah terakhir).

Kadangkala baginda SAW melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW solat menghadap haiwan tersebut.(al-Bukhari dan Ahmad)


Apakah Gunanya Sutrah?

Tujuannya sebagai penghalang melintas di antara orang yang solat dan tempat sujud. Untuk menjaga kekusyukan orang yang sedang solat.

Kata Imam An-Nawawi: Guna sutrah ialah untuk menghalangi pemandangan mata orang yang bersembahyang agar selalu di tempat sujud dan untuk menghalangi orang dan melintas di hadapan sutrah yang dapat mengganggu kekhusyukan sembahyang.


Hukum membuat garisan sebagai sutrah

Pendapat ini adalah lemah dan ada percanggahan pendapat antara ulamaa

Kata Imam An-Nawawi: Berdasarkan Hadith di atas, Al-Qaadhi Iyaadh menolak garisan sebagai sutrah. Manakala Imam Ahmad b. Hanbal menerimanya; sedang dia adalah lemah. Menurut Al-Qaadhi Iyaadh bahawa Imam Malik juga menolak garisan sebagai sutrah.


Bagaimana bentuk garisan sutrah?

Biasanya lurus menghadap kiblat dan ada juga berpendapat boleh melengkung ke hadapan.

Kata Imam An-Nawawi: Para ulamaa mempunyai berbagai pendapat: garisan melengkung sebagai mihrab, lurus ke kiblat, dan garisan dari kanan ke kiri.


Sutrah bagi makmum yang solat berjemaah

Imam adalah sutrah bagi makmum. Belakang makmum (manusia) juga dikira sutrah.

Ya saudaraku, kata Abu Isa At-Turmudzi: Ilmuwan mengira makmum tidak perlu lagi membuat sutrah masing-masing bila imam telah membuat suatu sutrah di hadapannya.


Hukum melintasi kawasan sempadan sutrah

Na'uzubillah..sungguh keras larangan ini

“Seandainya orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa hukumnya, nescaya dia akan sanggup menunggu empat puluh kali lebih lama” (Bukhari, Muslim)


Tindakan bila ada orang cuba melintas

Halang dengan hulurkan tangan dan condongkan badan kehadapan atau merapati sempadan sutrah jika perlu

Satu ketika, ketika baginda SAW sedang bersolat, seekor anak kambing melintas di hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW maju mendahuluinya sehingga perutnya menyentuh dinding (sehingga anak kambing tersebut lalu dibelakangnya). (Ibn Khuzaimah, Thabarani, dan al-Hakim. Di sahkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi)

Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sesuatu yang membatasinya daripada manusia, kemudian ada seseorang yang hendak melintas di hadapannya, hendaklak kamu tolak sejauh kemampuan kamu sebanyak dua kali. Jika dia berkeras melakukannya (untuk melintas) hendaklah kamu melawannya kerana dia adalah syaitan. (al-Bukhari, Muslim dan Ibn Khuzaimah)


Jarak untuk meletakkan sutrah

Lebih kurang 3 hasta atau atau boleh dilalui seekor kambing atau ruang lebihan yang cukup selesa untuk sujud

Rasulullah berdiri berhampiran sutrah sehingga jarak antaranya dan sutrah ialah 3 hasta. Apabila baginda sujud, jarak antara kepala dan sutrah ialah jarak yang boleh dilalui oleh seekor kambing. (Bukhari, 1/574 Muslim, 4/225)



Rujukan dan maklumat tambahan:

2 komen:

lankapo berkata...

oo patut lah bapak mentua selalu guna bantal,kain ke beg ke utk letak depan sejadah oo sutrah namanya

tq bang

MS Rizal berkata...

Zaman,
Pendapat untuk menggunakan garisan sebagi sutrah sememangnya lemah kerana mungkin mengikut situasi zaman dahulu. Dimana garisan itu tidaklah terlalu nampak sangat. Sekarang karpet masjid sudah punya garisan yang jelas.
Namun ana juga kurang gemar untuk menjadikan garisan ini sebagai sutrah, paling cokia pun ana solat dibelakang orang yang sedang solat atau berzikir..Atau letak beg @ rehal dihadapan.

Menghadang orang yang lalu adalah melintas dalam teritory sujud kita adalah wajib, walaupun ketika itu kita sudah duduk tahiyat akhir. Dan sebenarnya perkara ini banyak berlaku terutama ketika solat terawih..

Syukran untuk informasi berguna..

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner