Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Kehidupan di UPNM




Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera. Dah agak lama ana tak menulis tentang kembara hidup diri ini. Bukan apa, disebabkan peperiksaan akhir makin hampir, ramai di antara kami akan dibebani dengan tanggungjawab sebagai pelajar yang juga bergelar Pegawai Kadet.

Akademik : banyak tugasan (assignment), perbentangan projek kursus, projek sarjana muda (PSM) bagi tahun akhir dan ujian banyak perlu diselesaikan sebelum menjelang minggu peperiksaan

Ketenteraan:pelbagai aktiviti dan peraturan telah diperkenal dan diperketatkan sedikit sebanyak memberi tekanan dan kesan kepada akademik jika masa tak diurus dengan baik.


Rutin harian bagi Isnin-Khamis:
  • 0600H - Solat Subuh
  • 0715H - Perbarisan pagi sebelum ke kelas
  • 0800H - Kelas akademik
  • 1200H - Makan tengah di wisma pegawai kadet (mess)
  • 1300H - Solat Zohor
  • 1400H - Kelas akademik 
  • 1630H - Solat Asar
  • 1700H - Baris sukan di padang
  • 1830H - Aktivti sukan tamat
  • 1915H - Solat Maghrib
  • 1930H - Makan malam di mess
  • 2015H - Solat Isyak
  • 2030H - Prep hour
  • 2300H - Perbarisan malam (rollcall)
  • 2359H - Lights off (Tidur)

Rutin mingguan hari bekerja (Jumaat):
  • 0530H - Solat Subuh berjemaah (berbaris)
  • 0630H - Perbarisan pagi
  • 0700H - Kelas Ketenteraan / Latihan Jasmani
  • 1000H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 1200H - Makan tengah hari di mess
  • 1300H - Solat Zohor / Solat Jumaat (berbaris)
  • 1500H - Latihan Tempur Tanpa Senjata - TTS
  • 1630H - Solat Asar
  • 1830H - Aktivti TTS tamat
  • 1915H - Solat Maghrib
  • 1930H - Makan malam di mess
  • 2015H - Solat Isyak
  • 2030H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 2300H - Perbarisan malam (rollcall)
  • 2359H - Lights off (Tidur)


Rutin harian hujung minggu (Sabtu, Ahad):
  • 0530H - Solat Subuh berjemaah (berbaris)
  • 0630H - Perbarisan pagi
  • 0700H - Aktiviti (Senaman Perang/Jalan Laju/Larian/Rentas Halangan)
  • 1000H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 1100H - Happy hour (majlis ramah mesra)
  • 1200H - Makan tengah hari di mess
  • 1300H - Solat Zohor
  • 1400H - Outing sehingga 2200H
  • 1630H - Solat Asar 
  • 1700H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 1915H - Solat Maghrib
  • 1930H - Makan malam di mess
  • 2015H - Solat Isyak
  • 2030H - Pentadbiran dan pengurusan diri
  • 2300H - Perbarisan malam (rollcall)
  • 2359H - Lights off (Tidur)


Peraturan dan arahan yang mesti diikuti:
  • Dilarang berada di blok penginapan pada waktu akademik
  • Pengharaman rokok dalam kawasan UPNM
  • Dilarang berpasang-pasangan dan berdua-duaan
  • Dilarang membawa telefon ke kelas
  • Dilarang membawa atau bungkus makanan basah ke bilik
  • Memakai pakaian yang telah ditetapkan mengikut waktu dan aktiviti
  • Mematuhi etika dan disiplin tentera
  • Berpakaian kemas dan segak, kasut kilat
  • Hendaklah berbaris dalam kumpulan ketika bergerak ke mana-mana
  • Pakaian hendaklah dihantar ke dobi, tak boleh basuh sendiri
  • Dilarang gantung pakaian di ampaian melainkan tuala dan pakaian dalam
  • Bilik sentiasa dalam keadaan layout, kemas dan bersih
  • Diharamkan memandu dan memiliki kenderaan dalam kawasan kem
  • Tidak dibenarkan keluar melainkan dengan kebenaran
  • Membaca dan mematuhi perintah tetap dan harian pegawai kadet
  • Menghormati senior dan pegawai yang lebih kanan
  • Mengikuti etika sebagai seorang pegawai tentera


Tanggungjawab pegawai kadet bertugas:
  • Mengambil perbarisan dan periksa kehadiran anggota
  • Mengetahui keadaan dan masalah anggota
  • Melaporkan sebarang masalah kepada staf / pegawai bertugas
  • Menjaga pos kawalan
  • Memastikan pegawai kadet mengikuti peraturan
  • Menjaga keselamatan blok penginapan
  • Mengisi borang lapor sakit untuk anggota yang tidak sihat
  • Menghadiri upacara guard-mounting (pertukaran pengawal malam) pada jam 1830H
  • Menghadiri upacara guard-dismounting (penyuraian pengawal malam) pada jam 0630H
  • Menghadiri perbarisan turus (staff parade) pada jam 2200H
  • Mengetuai rollcall pengambilan masing-masing
  • Mengetahui pergerakan setiap anggota


Pelajar Awam dan Tentera (Pegawai Kadet)
  • Pelajar awam tak terikat dengan aktiviti ketenteraan untuk pegawai kadet
  • Pelajar awam diwajibkan menyertai PALAPES
  • Pelajar awam + pegawai kadet belajar dalam kelas akademik yang sama
  • Pelajar awam menggunakan PTPTN dan biasiswa untuk kos pengajian
  • PALAPES UPNM akan mengikuti program latihan pada hujung minggu
  • PALAPES yang mengikuti latihan diberikan elaun latihan mengikut hari
  • Pegawai kadet diberi gaji bulanan untuk bekerja, mengikuti latihan dan belajar
  • Segala kemudahan di UPNM adalah untuk kegunaan bersama
  • Pelajar awam akan disyorkan untuk diterap ke syarikat mereka buat praktikal
  • PALAPES akan ditauliahkan sebagai Leftanen Muda dalam pasukan simpanan
  • Pelajar tentera diterapkan terus sebagai pegawai berpangkat Kapten setaraf dalam ATM

Penutup Bicara

Bukanlah ada apa yang ingin dibanggakan disini, tapi ingin berkongsi sesuatu yang anda dapat renungkan pada diri anda. Memang tak dinafikan kami beruntung dari beberapa aspek, tapi bersyukurkah dengan kehidupan anda?


Mutiara Hikmah:
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.

Mutiara Kata:
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Hargailah masa anda...Jazakumullah..~ (^^,)

59 komen:

Puteri Amna Balqies berkata...

ermm UPNM yg dulunya ATMA..dari kecik akak da sedia maklum kewujudannyer..sebab ayah akak pun tentera gak..dulu Kem Sungai Besi tu tak lah secantik sekarang..mase kecik akak byk di habiskan kat dlm tu....semoga ianya kekal dan semankin bagus...

mmuurrllyy berkata...

lama tak tulis ttg UPNM...
nk tulis ape klau nk tulis pun xsure :D

permatamu berkata...

"Kewajipan (tanggungjawab/tugas) itu lebih banyak dari masa yang ada"

itu dalam arabnya..:

"Alwajibatu aktsaru min alwaqtu"

(^_^)

Tanpa Nama berkata...

tuan zul poyo =p

Tanpa Nama berkata...

x detail lgi tu pergerakan kat upnm...bg la detail lg..time nak study ble ek???

Tanpa Nama berkata...

yg sebenar2nye....
0545H - baris bawah blok bergerak untuk ke masjid
0600H - Solat Subuh
0630H - baris ikut batalion
0715H - breakfast kat mess
0800H - Kelas akademik
1200H - Makan tengah di wisma pegawai kadet (mess)
1300H - Solat Zohor
1400H - Kelas akademik
1630H - Solat Asar
1650H - baris bawah blok untuk ke padang
1700H - Baris sukan di padang
1830H - Aktivti sukan tamat
1840H - baris bawah blok utuk ke mess
1915H - Solat Maghrib
1930H - Makan malam di mess
2015H - Solat Isyak
2100H - Prep hour
2200H - bergerak ke dataran wawasan untuk rollcall malam
2330H - tamat Perbarisan malam (rollcall)
2359H - Lights off
0015H - prepare untuk hari esok
0045H - baru btul2 masa untuk study
0200H - tidur

peminat UPNM berkata...

oh sibuk btul hidup kt situ.....bagaimane aktiviti sosial nya? boleh trngkn?

Paan yang comel.. berkata...

Assalamualaikkum Tuan,
sekadar ingin berkongsi REALITI PALAPES UPNM

http://kenek2lahodeng.blogpsot.com

atau taip je PALAPES UPNM di google..jumpa la nanti.

Kapt Ir Dr berkata...

salam perkenalan paan. terima kasih. biasanya jarang student palapes yg rapat ngan kadet kan. good thing to starting it on the net.

Tanpa Nama berkata...

saye nak betanye kpd sape2 yg duk kt upnm ni,,,saye btol2 heran,cmne agknye bdk upnm ni nak wat asignment ke, ape ke...tiap2 hari ujung mggu ade latihan tentera...saye rase mesti ramai student upnm x lepas pointer...

Tanpa Nama berkata...

lagi satu...klau kite xdpat nak bawak program asasi,mcmane nasib kite??pastu,klau nak jdi kapten/leftenan/sewaktu dengannya,,kne tgu bpe thun??

Kapt Ir Dr berkata...

sebab itu student upnm dikatakan unik - lain dari lain. mereka kena pandai urus dan seimbangkan masa akademik dan ketenteraan mereka dlm keadaan yg tertekan. hanya segelintir je yg tak lepas. itu lumrah mana2 universiti. usaha atas diri masing2. rajin blajar insyaAllah dpt ganjarannya. jgn la duk enjoy je. key..

Kapt Ir Dr berkata...

yg dimaksudkan tak dapat bawak asasi mcm mana? setakat kedudukan bersyarat (CGPA 1.76-1.99) mereka akan diberi peluang utk sambung 1 smester lg utk baiki pointer disebabkan pelajar mgkn tak dpt membiasakan diri dgn program universiti. ini kat mana2 universiti pn sama.kalau gagal (pointer kurang 1.75) mmg akan dikeluarkan.

lepas je tahun asas, anda akan sambung terus ke peringkat sarjana muda (degree) selama 4 thn (non-engineering) atau 5 tahun (engineering). lepas tu baru la leh komisen sbg pegawai dlm ATM.

Tanpa Nama berkata...

samekom..aku nk tnya cket...aku dpat upnm...tp plajar awam laaa....da kebaikn xxx...

Tanpa Nama berkata...

berbaloi n setimpal la dgn elaun yg dpt,,tp didapati bhw rmai yg x dpt kwl emosi..smoga pelajar2 lain dpt bjya dr kedua2 segi - akademik n ketenteraan...

Paan yang comel.. berkata...

Hormat-menghormati dan budi bahasa salah satu pegangan asas dalam UPNM, terutamanya JUNIOR. Tak kira PELAJAR AWAM mahupun tentera. hehe. Salam tn...

Tanpa Nama berkata...

hai kapten??klau duk kt upnm ni tertekan x?bese2 ape gejale pmbulian yg pling terok belaku kt sane??

Tanpa Nama berkata...

hi kapten??nak tye ar..kt upnm ni ade x pelatih2 prebet dtg blaja and blatih kt sane???kalo ade diorang dudk mginap kt upnm ke??

Kapt Ir Dr berkata...

kat upnm, kami diajar dan diterapkan nilai sbg seorg pegawai..means motto kami kewajipan, maruah dan integriti sbg asas kehidupan kami disini. pembulian adalah satu budaya jahiliyah dan jarang berlaku disini..cuma buat org tertekan adalah disebabkan pengajian akademik yg sukar dan latihan yg ketat disini.. utk makluman, sini hya tempat melatih pegawai. kemungkinan utk LLP smbung belajar di sini mgkn diwujudkan kelak.wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

mesti x best masuk upnm btol x

Tanpa Nama berkata...

kenapa barang basah x boleh bawak masuk ke dalam kolej kediaman

Tanpa Nama berkata...

aku baru nak masuk upnm taun depan...
tapi apa yang aku dengar skunk...
dah xde intake awam taun depan...
suma serap masuk kadet...
xde la intake awam kiranya ke???
tol ke citer ni???

Wan Nurhidayat bin Wan Muhamad berkata...

salam semua.saya terpanggil untuk mengajak kalian membicarakan situasi sebenar yg terkini sedang berlaku di UPNM.saya rasa keadaannya sedikit huru-hara.

khairi berkata...

teringin nak tanya..

better masuk upnm dulu atau trus masuk askar..
saya minat jadi Paskal..

Tanpa Nama berkata...

Good info..
sy bru je lpas buat kajian penyelidikan pasl status pemakanan dan aktiviti fizikal pelatih tentera (UPNM)..
pape pon, sy kagum cr disiplin pelajar di sana..=)

admin exsiska berkata...

Salam..
semua Kadet UPNM dijemput utk menyertai portal yang telah diwujdkan khusus untuk semua pegawai keluaran ATMA/UPNM semua intake.. harap dapat melayari portal tersebut dan mendaftar sebagai ahli di sana.. www.ex-siska.com

permata berkata...

salam ziarah, tuan. semoga hidup sentiasa diberkati n diredhaiNya.. ameen.

wonderguy berkata...

Tuan,

Hidup kat UPNM mmg susah ke ?

x bebas ?

Tanpa Nama berkata...

aku sekarang kt upnm...biase aje kehidupan..disiplin skit la..biasa la...bukan senang nk senang

Tanpa Nama berkata...

aslmkm..nk tnya..camana nak mohon pegawai kadet upnm selepas spm secara detail ya?

liza berkata...

asalamualaikum, i'm wondering bout something. u r a student or 1 of the staffs at upnm. i need info about upnm. is there any other way that i can communicate with u. ur respond is kindly appreciated. thanks :)

Tanpa Nama berkata...

aku ex-atma gak.. mcm korang..aku dulu lagi la.. tension giler belajar kat atma..dengan senior mcm cibai.. aku kene buang atma mase aku tahun 2 pastu sambung UTM..alhamdulillah sekarang aku dah jadi engineer kat honda dan bakal dpt kontrak 2 tahun gi jepun..ape2 pon..terpulang pada rezeki kita.. pengalaman itu pengajaran..

Tanpa Nama berkata...

please reply..
life pelajar awam sama ke dengan life pelajar kt situ? apakah kelebihan jadi pelajar awam?

Tanpa Nama berkata...

salam...rasenye.. kehidupan di upnm seperti asrama di sekolah menengah ...betul x kapten..

Tanpa Nama berkata...

salam. saya lepasan spm dan menanti result (fuh).
nak tanya, apa beza pelajar awam dan pegawai kadet?
TQ.

Tanpa Nama berkata...

kalo pegawai kadet, dorang kene belasah mcm babi tapi dapat duit bulan2..kalo pelajar awam, dorang kene belasah gak tapi tak dapat duit..mcm tu la beza nya... kadet nie belagak sket..bajet kuat..kuar kl kene belasah...nangis...mcm2 r budak upnm nie...

satu hikayat berkata...

tanpa nama pelajar awam : orang yg berfikiran mcm anda takkan pernah mendamaikan dan mejernihkan keadaan. hindari dari sikap prejudia dan mencetuskan krisis, barulah kehidupan kita ni harmonis.

Tanpa Nama berkata...

salam...nk ty...kalo xlpas 1 syarat ketenteraan bagi lantikan pegawai kadet,misalnya xcukup ketinggian atau ukuran dada mmg xde peluang lgsg untuk masuk upnm ke?

Tanpa Nama berkata...

salam..masa kat upnm mmg padat erk??
xde masa utk rehat2 ke??ayoyo..
kat upnm mmg teruk ke??asal kita dgr2 kt upnm nie teruk..dsiplin dia kuat sgat..tension pn ade..btul ke smua 2??

Tanpa Nama berkata...

salam... bukan senang nak senang.. dan bukan susah nak susah.. kalau dah niat nak jadik peg askar, kene lah jadik peg kadet upnm. kalau nak jadik askar x der disiplin, apa ke halnyer? aku tengok atma intake petama dah pakai komander TLDM.. hidup jer.

syakir berkata...

assalamualaikum ...sy dapat asasi perubatan ketenteraan di upnm sbg pelajar awam..nk tnye plajar awam kna tinggal dalam kem jugak ke..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,nk tnye pelajar awam boleh mohon jd prgawai kadet??....

permata berkata...

banyaknya soalan...soalan2 lama x terjawab menunjukkan betapa busynye Kapt Zulhelmi dlm RAMD. kan kan kan? Sabar ye tuan.

Tanpa Nama berkata...

hm..best jga dgr ulasan ttg pgawai kadet ni hehehe

Tanpa Nama berkata...

PELAJAR AWAM PEREMPUAN MMG WAJIB BERTUDUNG EH ?

Tanpa Nama berkata...

PEREMPUAN PUN TURUT DIDERA KE?SAYA MINAT NAK MASUK SITU .SBB NAK BELAJAR ERTI HIDUP.SUSAH DAHULU ,LEPAS TU KITE MESTI SENNG PUNYA KAN..lagi satu..pelajar perempuan ramai tak?

Tanpa Nama berkata...

Apa Pakaian pegawai kadet palapes ketika belajar &ketika majlis konvokesyen.Adakah pakaian nombor 3 ketika belajar dan pakaian nombor 1 ketika majlis konvoksyen.Makan untuk pelajar awam disediakan ke?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

salam... saudara sy mengikuti asasi kejuruteraan pertahanan d UPNM....PNGK ialah 2.00 ..adakah dia tidak layak untuk ke tahun 1....kalau tidak bolehkah beliau membuat rayuan....tq...

Tanpa Nama berkata...

salam,cam ne sye nk apply msuk upnm????sye spm thun nie...can someone give me info????x tahu nk cari kat ne....

Kapt Ir Dr berkata...

Utk memohon, cuma isikan sahaja borang UPU..sama seperti kemasukan ke universiti lain..cuma memandankan kouta yg terhad sesiapa yg betul2 berminat perlu letakkan UPNM pada pilihan pertama. Saya pernah jadi sebahagian dlm tim promosi jd itu antara tips yg saya blh bagi.

Kapt Ir Dr berkata...

Untuk asasi tiada masalah utk melanjutkan pelajaran ke tahun pertama. Cuma perlu pastikan PNGK tidak kurang dari 2.00

Nurul Syafiqah berkata...

bagi intake asasi perubatan UPNM 2014 ni, ada lagi ke latihan ketenteraan tu?

Nurul Syafiqah berkata...

harap kapt dapat reply ASAP

Tanpa Nama berkata...

^--- semua ada latihan ketenteraan...
nak masuk UPNM gak ke...jumpa kat sana k...

norruk1511 berkata...

Anak aunty masih di plkn...minat sgt nk join army- airforce. Apa yg aunty fhm....dia mesti apply asasi kejuruteraan sbb nk ambik ijazah eng mech aeronautic.
persoalannya klu pelajar tu nk airforce dgn pilihan kursus gitu, blh confirm dpt airforce ke...tkasih.

Comrade Haziqov berkata...

asalamualaikum,saya nak tanya,boleh tak orang yg ada masalah rabun jauh & pakai spek macam saya belajar kat UPNM?

Haz Lynda berkata...

Salam .. Nk tnye boleh .. Kalau lpasan matrikulasi dpat x nk mhon pegawai kdet kt upnm ? ..
Mhon blas ..

Tanpa Nama berkata...

Selepas but asasi DLM UPNM, boleh tak pelajar awam keluar ke universiti awam lain untuk lanjutkan pelajaran??

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner