Cari Blog Ini

Perbarisan Pentauliahan Di Raja Ke-10



                            Gambar dari galeri blog syafiqblogz

Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah dalam perjalanan kehidupan sebagai seorang pegawai kadet. Majlis pentauliahan diraja merupakan antara hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga UPNM. Saya dan sahabat handai juga tak melepaskan peluang untuk menyaksikan detik-detik yang akan dikenang isepanjang hayat kami nanti.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkenan mencemar duli ke Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sungai Besi pada 4 Disember 2008 (Khamis) jam 8.30 pagi.




Majlis Perbarisan Pentauliahan Diraja ini melibatkan 254 orang pegawai kadet yang telah berjaya menamatkan pengajian selama 4 hingga 5 tahun di UPNM. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-panglima Perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan ATM dan UPNM.

Perbarisan berlangsung secara gilang gemilang selama lebih kurang sejam setengah sebelum berlakunya majlis penyampaian watikah kepada para pegawai kadet dan pegawai graduan. Para pegawai kadet tauliah akan melakukan lintas hormat di hadapan SPB YDPA secara perlahan jalan dan cepat jalan. Kemudiannya, penyampaian hadiah kepada pegawai kadet terbaik setiap perkhidmatan:


Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan Tauliah 2008 - Anugerah Piala Seri Satria + Pedang
Kapt Area Putra Bin Ismail (RAMD)
Kejuruteraan Automotif Intake 2003

Pegawai Kadet Terbaik Perkhidmatan Udara - Anugerah Piala Seri Angkasa
Kapt Ahmad Firdaus Bin Abdullah TUDM
Kejuruteraan Elektrik Intake 2003

Pegawai Kadet Terbaik Perkhidmatan Laut- Anugerah Piala Seri Samudera
Lt Mohd Rozaimi Bin Mahmod TLDM
Sains Nautika Intake 2004

Pegawai Kadet Terbaik Perkhidmatan Darat - Anugerah Piala Seri Gagah Setia
Kapt Mohd Fazli Syaah Bin Mohd Hasim (RAMD)
Pengurusan Sumber Manusia Intake 2004




Selepas sahaja upacara selesai, SPB YDPA bertitah mengumumkan pentauliahan para pegawai muda dalam ATM secara rasminya kemudian alunan muzik akan mengiringi mereka keluar perbarisan dengan memainkan lagu "bertemu dan berpisah" turut membuatkan hati saya terasa sedikit sedih. Apa taknya, terlihat sahabat-sahabat sendiri dah melalui hala tuju hidup masing-masing. Mereka akan melalui pintu MUNIP menandakan secara simboliknya tamat kehidupan mereka sebagai seorang kadet dan bermulanya jati diri sebagai seorang pegawai.

Alhamdulillah, perbarisan pentauliahan dan penerimaan watikah telah selamat disempurnakan oleh SPB YDPA sendiri di Padang Kawad Maktab Tentera Di Raja (RMC) dan Dewan Tun Templer. Tahniah kepada sahabat-sahabat satu skuad dan kami dari jurusan engineering berharap untuk kami juga akan berakhir dengan gemilang seperti kalian semua. InsyaAllah.

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

hidup harus diteruskan...tahniah kepada yang bejaya menamatkan pelajaran dalam bidang2 yg diambil.....UPNM memang best!

fana berkata...

bgus....upnm truskn perjuagan....i love u all!!

Tanpa Nama berkata...

upnm mmg best laa..smoga berjaya

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner