Cari Blog Ini

Membuat Read More untuk Entri






Asslamu'alaikum kepada para pembaca. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips mengenai blogger. Ramai di antara blogger yang rajin menulis panjang sehingga halaman blog mereka terlalu panjang ke bawah. Ini adalah salah satu faktor yang dilihat oleh pembaca tentang keselesaan mereka semasa membaca. Jadi bagaimana cara untuk memaparkan sebahagian sahaja dari entri yang ditulis untuk muncul pada halaman utama dan selebihnya boleh dipaparkan apabila kita klik pada "Read More"?




Apa yang perlu anda lakukan? Ikuti langkah mudah ini.





1. Login ke dalam akaun blogger anda



2. Klik pada "Layout" > "Edit HTML" > tandakan pada "expand widget tempate"









3. Letakkan kod berikut sebelum tag <head>





Gunakan kod di bawah

<style>

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

span.fullpost {display:inline;}

<b:else/>

span.fullpost {display:none;}

</b:if>

</style>











4. Letakkan kod berikut pula selepas kod <data:post.body>





Ambil dan tampalkan

<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>

<a expr:href='data:post.url'> Read More..</a>

</b:if>











5. Simpan setting anda dengan menekan butang "Save Template"



6. Pergi balik pada "Settings" > "Formatting" > cari bahagian "Template Posting"



7. Isikan kotak berkenaan dengan kod dibawah:





Tampal kod berikut

Tulis ringkasan entri anda di sini

<span class="fullpost">

Tulis sambungan entri anda selebihnya di sini

</span>











8. Simpan setting anda dengan menekan butang "Save Settings"

9. Untuk menulis entri, klik pada Posting > Create dan tulis seperti berikut:









Itu sahaja!! (^^,) Jika ada masalah jangan segan-segan bertanya. InsyaAllah saya akan membantu. Selamat mencuba!! Jika ada sebarang pertanyaan lain mengenai blogger, sila kemukakan pada shoutbox di atas~



8 komen:

Tanpa Nama berkata...

Huiyyo... ni advance punye readmore nih... Ngape xyah gune readmore.js dah...

Latest blog Budak terlebih bijak

Perwira Negara berkata...

read more javascript mmg akan buat entri blh baca cepat, tapi nk load page juga makan masa. Nanti akan ditunjukkan cara buat read more versi javascript

Balqis berkata...

Salam, terima kasih...

Iya, saya sudah mencuba yang ini, tetapi masalahnya:

1) Kesemua entri lama saya ada 'read more' di bahagian bawah.

2)Ini tak mengapa lagi, tapi bila saya cuba edit, jadinya jarak antara post summary dengan read more tu amatlah jauh, (ada space yang besar antara post summary dengan read more) dan saya tidak tahu bagaimana mahu membetulkannya.

Apa pun terima kasih atas tunjuk ajar, ada sedikit membantu juga.... Saya cuba lagi sekali, kali ini menggunakan cara saudara~

Arigatou ne~
p/s : peminat Jepunkah, Zuruherumi? =)

Perwira Negara berkata...

untuk kod pada setting > comments tu:


Tulis ringkasan entri anda di sini<br />
<span class="fullpost"><br />
Tulis sambungan entri anda selebihnya di sini<br />
</span><br />


sila buang tag <br /> untuk dapatkan jarak yang lebih rapat.

Kesemua entri mesti diedit dengan memasukkan tag <span class="fullpost"> pada akhir perenggan summary dan </span> pada akhir sekali untuk setiap entri.

Perwira Negara berkata...

peminat jepun tak la..sket2 je tau bahasa jepun..~saje2 belajar..gambante kudasai~!!

Balqis berkata...

hoh! begitu!

terima kasih!

permata berkata...

susahnye...malaslah..hehe

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner