Cari Blog Ini

Tahniah Pegawai Kadet Tauliah 2008!




Esok, 4hb Disember 2008..hari yang amat besar, hari yang akan ditunggu-tunggu buat setiap pegawai kadet yang berada di UPNM ini. Esok adalah hari yang paling bermakna buat pegawai kadet dari jurusan pengurusan intake 2004 dan Engineering intake 2003 di mana mereka akan ditauliahkan oleh Ketua ATM sendiri, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Hari kebesaran, hari meraikan tamatnya kehidupan bergelar seorang pegawai kadet kepada seorang pegawai. Mereka semua akan dikurniakan pangkat Kapten setaraf dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.

Umumnya, untuk tahun ini, seramai lebih kurang 200 orang pegawai kadet dari ketiga-tiga perkhidmatan darat, laut dan udara akan bersama-sama mengikuti upacara perbarisan pentauliahan diraja dan penyampaian watikah oleh SPB YDP Agong. Mereka yang akan komisyen ini adalah dari kumpulan berikut:

Pengambilan 2004 (Sains & Pengurusan-4 tahun pengajian)
  1. Jurusan Sains Nautika (SZB)
  2. Jurusan Sains Komputer (SZK)
  3. Jurusan Pengurusan Sumber Manusia (SZR)
  4. Jurusan Pengurusan Teknologi (SZP)
Pengambilan 2003 (Kejuruteraan-5 tahun pengajian)
  1. Jurusan Kejuruteraan Mekanikal Automotif (SZA)
  2. Jurusan Kejuruteraan Komputer (SZC)
  3. Jurusan Kejuruteraan Elektrik (SZE)
  4. Jurusan Kejuruteraan Mekanikal (SZM)
  5. Jurusan Kejuruteraan Mekanikal Aeronautik (SZT)
  6. Jurusan Kejuruteraan Awam (SZW)

Demi ketibaan hari esok, mereka telah pun menjalani latihan kawad pentauliahan diraja setiap hari selama lebih kurang 2 bulan beserta beberapa kali raptai penuh bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan tiada kecacatan selama majlis berlangsung. Melihatkan mereka berlatih kawad sahaja dah cukup membuatkan kami turut merasa kepenatan mereka. Muka pun dah gelap sebab berpanas terik masa berkawad. Hehe..

Saya dan sahabat lain masih lagi akan berada di sini selama lebih kurang 1 tahun lagi sebelum mengikut jejak langkah mereka kerana kami dalam jurusan Kejuruteraan yang memerlukan 5 tahun pengajian. Apa pun, tahniah buat sahabat dan para senior atas kejayaan mereka sampai di kemuncak kehidupan mereka di sini! Mabruk 'alaik~! All the best for the big event! Gambante kudasai!!

P/S: Jangan lupa tengok TV3 esok jam 0700H (7:00 pagi)~ secara langsung dari UPNM!

5 komen:

Balqis berkata...

Oh....
Maaf ya, saya kurang faham. Nanti kamu tamat belajar, keluar jadi askarkah, atau jadi Engineer? Atau kamu sebenarnya belajar kejuruteraan tetapi bekerja dengan tentera. Begitukah?

Enlighten me please~
onegai shimasu!

Tanpa Nama berkata...

Tapi sedeh sebab condition padang kawad agak teruk... Ada kesan minyak kat depan stage Agong... memang jelas...

Latest blog Stay the same

Puteri Amna Balqies berkata...

ermm akhirnya akak dpt gak tgk akir kawad..dia ckp dia suruh akak tgk mcm mane dia bersusah payah selama ni..dan kenape dia susah nak call akak kadang2 itu sume sebab berkorban tuk wat kawad yg sebesar ni..ermm pe pun akak doakan zul kan berjaya gak nanti k..leh la rase commission cam akir.. :p

Perwira Negara berkata...

@BalQis:
selepas je habis belajar, kami akan bekerja dalam ATM. Ye..memang realitinya kami tentera. Tentera yang ada universiti sendiri. Degree hanyalah sebagai tiket@syarat utk ditauliah sebagai pegawai tentera dalam ATM. Tambahan pula mmg ada bahagian kejuruteraan.

Tanpa Nama berkata...

poyonye tuan zul......

Catat Ulasan

Pengikut Blog

Langgan

Masukkan emel anda untuk melanggan:

Dibawakan oleh FeedBurner